Anak Buat ‘Lawak Terbalik’ Ala-Ala Shuib, Reaksi Achey Pula Cuit Hati Netizen

Bagi yang suka mengikuti sketsa komedi Sepahtu Reunion mesti sudah mengenali komedi terbalik yang suka dibuat oleh shuib. Ianya merupakan ikonik bagi shuib dan selalu digunakan oleh shuib untuk menggambarkan sesuatu perkara secara terbalik.

Sekarang ini lawak terbalik ini sudah semakin dikenali sehingga anak perempuan Achey yang bernama Tiara juga pandai membuat lawak terbalik ini. Kejadian lucu itu berlaku sewaktu Achey membawa anak perempuannya itu bermain di Taman Permainan.

Menerusi perkongsiannya melalui lama Instagram peribadi miliknya itu, achey memuatnaik satu video tiara yang sedang menaiki jongkang jongkit tetapi secara terbalik membelakangkan achey dan achey sempat menegur tiara sambil ketawa kerana lawak melihatnya duduk terbalik.

Melihat kesalahan duduk secara terbalik itu, Achey sempat mengajar dan menunjukkan kepada tiara cara yang betul duduk di atas jongkang jongkit itu. Walaupun telah diajar tetapi tiara tetap duduk secara terbalik setelah beberapa ketika, mungkin sudah terbiasa.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Achey Bocey 013-6408967 (Mngr) (@acheykintangkintung)

Menjengah ke ruangan komen pula, ramai netizen yang terhibur dengan video tersebut dan mengagak bahawa mungkin tiara akan mewarisi bakat lawak ayahnya itu dan meneruskan legasi lawak yang semakin pudar di industri hiburan kita.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : Instagram acheykintangkintung



Sumber: Sinar Viral

Post a Comment

Previous Post Next Post