Seekor kanggaru merah jantan dari Australia menjadi tular di media sosial selepas fotonya yang menayang otot badan dan biseps dimuat naik oleh seorang jurugambar, lapor portal berita MailOnline, kelmarin.
Jurugambar, Deborah Schutz, merakam momen luar biasa itu ketika membuat kerja sukarela di Cleland Wildlife Park, baru-baru ini.
Menerusi rakaman itu, kanggaru setinggi 198 sentimeter itu sedang berehat di bawah sebatang pokok sambil memperlihatkan bisep dan dada six-pack miliknya.
“Kanggaru itu kelihatan sangat sasa. namun ia sebenarnya seekor haiwan yang lembut dan manja.
“Bentuk fizikalnya mungkin kelihatan membah4yakan namun anda tidak perlu takut dengan binatang jika ia bukan pem4ngsa,” kata Schutz.
Kanggaru merah sememangnya bertubvh sasa dan merupakan marsupial terbesar di dunia, dengan kanggaru jantan sering mempunyai berat sehingga 90 kilogram.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : https://ift.tt/0dulk4w
Sumber: Sinar Viral

