“Untung mak-mak yang suka menanam”- Majlis Kahwin Beri Pokok Pada Tetamu Sebagai Doorgift

Dulu-dulu bila pergi majlis kenduri, mesti kita akan teruja untuk dapat gula-gula atau telur. Namun, zaman sekarang, idea doorgift kahwin dah makin kreatif, ada yang bagi cookies, macaron dan set sudu.

Namun, di sebuah majlis perkahwinan di Jawa Tengah, Indonesia ini pula, keluarga pengantin telah bersepakat untuk memberikan tanaman kepada tetamu-tetamu mereka sebagai cenderahati.

Keunikan doorgift majlis kenduri itu pada mulanya telah dikongsikan oleh salah seorang tetamu majlis yang dikenali sebagai anisusanti.15 menerusi TikTok baru-baru ini.

Dalam video tersebut, wanita berkenaan mengatakan itu merupakan pertama kali dia menerima doorgift seumpama itu ketika memenuhi undangan majlis kahwin rakannya ketika zaman belajar dulu.

Dapat dilihat bahawa tanaman-tanaman hijau itu masih bersaiz kecil, mungkin sebab keluarga pengantin sengaja bagi anak pokok supaya pemilik barunya boleh mula untuk menjaganya hingga bertumbuh dengan baik nanti.

Video:

@anisusanti.15

pertama kali dapet sovenir bibit tanaman

♬ sahabat tak akan pergi betrand x anneth – sadvibes🥀

Difahamkan, ada berbagai jenis pokok yang disediakan, jadi pokok yang seorang tetamu dapat tak semestinya sama dengan tetamu yang lain.

Rata-rata netizen juga mengatakan idea tersebut sangat bagus kerana boleh membantu menghijaukan bumi.

Ada juga netizen lain yang turut berkongsi bahawa mereka juga pernah mendapat doorgift yang sama ketika ke majlis kenduri beberapa tahun dulu.

Komen Netizen:

Ada yang siap cakap kalau mak dorang yang dapat tu memang akan happy sebab ada sesetengah mak-mak kan suka sangat tanam pokok macam ni.

Kalau korang ada bajet lebih, apa salahnya berbelanja lebih untuk doorgift kahwin kan? Tetamu happy, alam sekitar pun makin hijau. 

Sumber: Tribunnews, TikTok @anisusanti.15 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : Lobak Merah



Sumber: Sinar Viral

Post a Comment

Previous Post Next Post