Siapa sangka dalam usia 25 tahun, anak jati Kota Bharu Kelantan ini sudah pun bergelar usahawan muda yang bukan calang-calang. Tak sekadar di Malaysia, perniagaannya turut menguasai pasaran Indonesia secara sah dan kini dalam proses ke pasaran Brunei dan Singapura. Selain produk kesihatan dan kecantikan, dia juga memiliki beberapa cabang perniagaan lain yang membantu orang ramai khususnya warga kampung dalam menambah pendapatan mereka.
Boleh dikatakan kehidupannya kini lebih selesa dan mewah. Melihat kepada tahap kejayaannya itu tidak keterlaluan untuk dikatakan bahawa gelaran jutawan itu sudah dalam genggaman. Kem4tian bapa dan berasal dari keluarga susah menjadi titik tolak kepada kebangkitan usahawan cantik ini.
Di kala anak muda seusianya sedang enjoy dengan dunianya, ibu kepada seorang anak ini gigih membina legasi perniagaannya, Shalicious bersama suami tercinta, Al Hafiz Zakaria. Kenali pengasas produk kesihatan berdaftar, Wan Nur Siti Aisyah Wan Hasan yang mesra digelar Sha Hasan.
“Saya berasal dari keluarga susah, arw4h ayah dulu peniaga jalanan hanya buka gerai tepi jalan. Kami memang hidup susah. Ayah meninggal ketika saya berumur 10 tahun. Bermula saat itulah ibu terpaksa bekerja seorang diri untuk menyara kami sekeluarga. Tak sanggup tengok kepayahan ibu saya nekad nak berjaya dan ubah nasib keluarga.
Sejak dari sekolah lagi saya suka berniaga. Apa saja rasa nak jual saya jual. Bukan saja di sekolah rendah malah sekolah menengah juga. Bila dah habis SPM saya dapat sambung belajar peringkat matrik di Negeri Sembilan dan juga universiti tapi saya memilih untuk belajar di kampung saja iaitu Kota Bharu, Kelantan.
Ikutkan keluarga tak galakkan saya berniaga sebab nak saya ada kerja tetap, boleh ubah nasib keluarga. Tapi saya tetap teruskan berniaga sambil belajar. Sebab itulah saya pilih sambung belajar di kampung sebab dekat dengan rumah dan mudah nak berbisnes. Pelajaran tetap keutamaan saya sebab tak nak kecewakan harapan keluarga terutama ibu.
Saya berbisnes sampailah umur 18 tahun. Makin lama makin tak menang tangan dibuatnya. Mulalah saya ponteng kelas, tak sempat nak masuk kelas sebab kerap nak kena COD dan sebagainya. Ketika itu saya betul-betul struggle bina jenama Shalicious. Saya berusaha sungguh-sungguh sehinggalah setahun selepas itu saya dapat membina Wisma Shalicious.
Kini saya ada beberapa cabang bisnes tetapi personal branding dan marketing daripada saya sendiri hanyalah Shalicious. Wismanya di Kelantan dan ada second branch HQ di Bangi. Selain di Malaysia, Shalicious juga telah masuk ke pasaran Indonesia secara sah. Kini dalam proses nak masuk ke pasaran Brunei dan Singapura pula seterusnya ke negara-negara lain, Insha-Allah.
Best seller product ialah suplemen yang dianugerahkan Top Ten Asia Award tahun 2019 untuk high quality product kategori health and beauty. Terdapat 3 jenis suplemen iaitu Mixberry Powder dan NV Colly Beauty Secret, Glowee Oat serta skincare C-Shine Serum dan C-Shine Cleanser.
Sepanjang bergelar usahawan, saat paling memberi kesan kepada saya antaranya yang berlaku pada tahun 2018. Masa tu saya ada berpuluh-puluh orang staf dan bisnes pun bagus waktu itu. Namun tiba-tiba Allah SWT uji, saya kehilangan staf sekaligus dalam satu masa. Bila masuk pejabat, semua staf dah tak ada sebab berhenti secara serentak kerana telah ‘dis4ilang’ oleh kawan sendiri yang kononnya nak membantu kita.
Kesannya, saya terpaksa berjumpa pakar psikologi kerana terlalu tertekan. Memang betul-betul depr3ssion dan ambil masa yang lama untuk pulih dan terpaksa bergantung dengan ubat. Saya juga ambil masa yang lama untuk move on.
Aset pertama yang saya beli ialah tanah dan dirikan bangunan. Saya memang ‘g1la’ beli tanah. Kalau ada sesiapa yang nak jual tanah murah-murah di Kelantan saya akan beli. Tapi saya akan tengok dulu ikut kesesuaian dan harganya. Bagi saya itulah aset paling bernilai sebab kita boleh buat macam-macam. Selain buat bisnes, bolrh generate more money.
Reward terbesar selepas berjaya capai target ialah selain dapat beli apa yang diimpikan, saya dapat mengeluarkan zakat secara konsisten dan membantu beberapa tahfiz serta kampung-kampung yang saya pegang untuk berikan sumbangan kepada ratusan keluarga asnaf. Itulah reward sebenar bagi saya. Tahun ini kami telah membeli tanah untuk membina tahfiz buat golongan kurang berkemampuan untuk hantar anak belajar agama.
Suami adalah tulang belakang utama saya selama ini. Terlalu banyak pengorbanannya untuk diceritakan. Selama saya bergelar usahawan, suamilah banyak membantu. Kami sama-sama usahakan bisnes ini dan pada masa sama suami pun ada bisnesnya sendiri. Dia tahu minat dan impian saya dalam bidang kecantikan terlalu besar. Sewaktu saya diser4ng depr3ssion, suamilah yang uruskan anak dan rumah. Suami tak pernah mengalah dan menyalahkan. Suami seorang yang sangat sabar dan support apa saja yang saya buat selagi ia tidak salah.
Semasa depr3ssion, saya terpaksa makan ub4t setiap kali nak tidur. Suami pastikan saya tak terlalu berfikir yang bukan-bukan. Dia jugalah yang jaga anak, siapkan makanan dan uruskan hal-hal pejabat. Paling sedihnya bila suami dah tak tahu nak buat apa, dia pernah bawa saya ke sebuah kampung di Kelantan sebab dia tahu saya suka berkongsi kegembiraan dengan orang lain. Di situ ada lebih 150 buah rumah dan keluarga asnaf yang memerlukan.
Kami pergi rumah ke rumah untuk berikan bantuan. Semuanya diuruskan oleh suami sebab nak saya bersyukur dan bangkit semula. Katanya ramai lagi orang yang memerlukan saya. Sejak itu saya mula terfikir jika kita diuji dengan hebat, ramai lagi orang yang diuji lebih daripada kita. Itulah tugas kita untuk berjuang demi mereka. Suami selalu cakap Allah SWT tak akan beri kejayaan atau kekayaan kalau bukan demi sebuah perjuangan.
Dengan keadaan ekonomi sekarang orang dah kurang membeli barang-barang tak perlu atau ikut kemahuan. Kini orang lebih memilih barang-barang keperluan antaranya essential product. Apa yang saya jual ialah dari segi keperluan. Suplemen yang membantu kesihatan dan kecantikan. Jadi nasihat saya. jangan menjual benda-benda yang bukan keperluan.
Sekarang pun orang dah kurang walk in lagi-lagi lockdown sekarang ni. Jadi kuatkan jenama di sosial media supaya orang sentiasa nampak dan tahu kita menjual keperluan yang setiap keluarga perlukan. Satu lagi, simpanan. Sekarang ini bukan masanya untuk kita membeli belah. Kurangkan membeli yang tak perlu dan lebihkan kepada simpanan. Atau boleh tukarkan kepada emas. Sekarang saya banyak tukarkan wang kepada emas sebagai persediaan masa depan.
Selain itu, saya dan suami juga ada backup business berkaitan keperluan harian dalam bidang makanan. Kami ada involve dalam bidang agriculture iaitu membekalkan ayam. Kami ada tanah 12 ekar yang dijadikan tempat memelihara ayam. Bisnes ni sebenarnya untuk bantu orang-orang kampung. Tak perlukan marketing sebab kami ada regular customer. Bila ekonomi merosot orang tetap akan makan dan beli ayam. Itulah plan kami kalau rasa dah tak boleh teruskan bisnes yang tidak memerlukan.
Jangan mudah mengalah dan jangan takut untuk mencuba kerana sampai bila pun kita tidak akan berjaya. Bila dah cuba jangan jadi orang yang mudah mengalah sebab setiap yang kita buat memerlukan proses. Bila tengok mereka yang dah berjaya tetap akan ada ujian. Teruskan dan percaya kepada proses. Bagi yang nak berjaya dalam bisnes, jangan ada banyak alasan. Kalau tak pecahkan ketakutan dan rasa malu, sampai bila-bila pun kita tidak akan dapat tengok potensi diri.
Saya dulu pun tak pernah terfikir akan jadi seperti sekarang. Tapi bila dah mula, percayalah kita nak buat more and more. Bila dah pecahkan tembok tu kita mesti nak try benda yang lebih besar dan mencabar. Ibarat dah addicted, jadi mulakan.
Saya berkahwin ketika umur 19 tahun. Umur 20 tahun dah ada anak. Awal-awal tu bila ada anak kecil saya pula sibuk dengan bisnes. Uruskan suami lagi, memang susah nak sesuaikan keadaan itu dengan kita yang muda. Memang tak sempat nak merasai kehidupan seorang remaja, enjoy dengan kawan-kawan. Memang tak pernah.
Dulu pernah cakap menyesal kahwin awal, start bisnes awal, tak ada kawan tapi suami selalu cakap suatu hari nanti saya akan faham dan bersyukur sebab Allah SWT dah tetapkan yang terbaik untuk kita. Alhamdulillah kata-kata suami jadi kenyataan. Rasa berdosa sangat bila cakap begitu dulu. Bersyukur dengan apa yang Allah SWT beri. Dia tidak akan beri jika tak sesuai dengan diri kita. Allah SWT lebih kenal diri kita.
Inisiatif saya untuk mereka yang terkesan dengan pandemik c0v1d-19 ialah membuka bisnes tanpa modal di samping menggalakkan orang ramai untuk berbisnes. Saya ajar mereka cara nak buat bisnes dengan Shalicious.
Selain itu, saya turut beri bantuan kepada kampung-kampung dan sentiasa berhubung dengan Ketua Kampung. Selalunya saya sendiri yang akan turun memberi bantuan. Jika tidak, saya akan hantar wakil.
Mereka ini terdiri daripada suri rumah termasuk yang bekerjaya tetapi tak pernah buat bisnes. Memang sentiasa ada coaching daripada saya kerana kebanyakan mereka bergantung income dengan Shalicious. Berkat kesungguhan mereka mampu beli tanah, membantu keluarga dan membuat simpanan sendiri. Ikutkan produk Shalicious boleh masuk farmasi tetapi saya memilih untuk tidak lagi sebab nanti mereka yang bergantung income dengan Shalicious tidak boleh buat duit. Saya juga masih nak bekerja dengan mereka dan pada masa sama dapat bantu mereka menjana pendapatan.”
Kredit Foto: Instagram @shahasan22
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : https://www.nona.my/
Sumber: Sinar Viral