“Boleh datang rumah…” – Viral Kisah Rider Gendong Anak, Sekali Ini Bantuan Dari Anzalna Nasir

Baru – baru ini tu’lar kisah seorang lelaki yang membawa anaknya yang berusia setahun menunggang motosikal untuk mencari rezeki. 

Pemuda tersebut sudah sebulan menggendong anaknya dalam cuaca yang tidak menentu dan bekerja sebagai penghantar makanan. 

Kisah tersebut tu’lar melalui laman TikTok selepas dikongsi oleh seorang pengguna TikTok @abamskhai dan mendapat perhatian ramai. 

Ramai yang tampil ingin membantu pemuda tersebut antaranya Ustaz Ebit Lew dan juga pelakon wanita, Anzalna Nasir. 

Anzalna atau nama sebenarnya Nur Anzalna Md Nasir menyatakan hasratnya untuk membantu pemuda tersebut melalui Insta Story miliknya. 

Menurutnya, dia ingin menghulurkan ban’tuan dari segi keperluan bayi sekiranya anak pemuda tersebut adalah lelaki. 

Hal ini kerana dia memiliki dua anak lelaki, jadi pelbagai barangan bayi boleh disumbangkan kepada rider itu. 

“Anak abang (rider) ni lelaki ke? Kalau lelaki, boleh datang ke rumah Anzalna… banyak barang – barang bayi nak bagi kat dia,” kapsyennya. 

Selain itu juga, Anzalna meluahkan tanda penghargaan kepada Ustaz Ebit yang tampil membantu rider tersebut setelah tu’lar di laman sosial. 

Video:

“Hanya Allah yang dapat membalas jasa Ebit Lew. Rezeki abang ni dapat motor baru,” ujarnya. 

Untuk makluman, Anzalna mempunyai dua anak lelaki iaitu Mohamad Eidrees dan Mohamad Emirhan yang baru dilahirkan bulan lalu. 

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://ift.tt/dbFov0m



Sumber: Sinar Viral

Post a Comment

Previous Post Next Post