Tengku Hassanal Ikrar Berusaha Selamatkan Harimau Daripada Pupus

Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ikrar untuk melaksanakan tanggungjawab dan berusaha sebaiknya untuk menyelamatkan Harimau Malaya supaya tidak pupus.

Baginda bertitah langkah tegas perlu diambil bagi menyelamatkan haiwan yang menjadi simbol keberanian dan kekuatan rakyat Malaysia kerana spesies itu kini mengalami anc4man kepupusan yang kritikal.

“Jika kita bertindak dengan bersungguh-sungguh dan penuh ikhlas, saya percaya kita pasti dapat menyelamatkan Harimau Malaya yang merupakan ikon kemegahan Malaysia.

Kita perlu melindungi kawasan hutan yang merupakan warisan biodiversiti yang tiada galang gantinya,” titah baginda menerusi kenyataan pada Jumaat.

Usaha menyelamat Harimau Malaya, menurut Tengku Hassanal juga tidak boleh dilakukan bersendirian, sebaliknya memerlukan kerjasama dan kolaborasi penuh antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri selain perlu dilengkapi dengan pengetahuan, teknologi, sumber dan bantuan teknikal pakar tempatan serta antarabangsa.

Sehubungan itu, baginda bertitah agar kerajaan Pahang dapat melaksanakan langkah penting untuk memelihara dan memulihara Harimau Malaya temasuk memberi keutamaan untuk menubuhkan unit penguatkuasaan yang berkesan bagi menghapuskan anc4man pembvru har4m.

“Pembvru har4m yang terlibat dalam kegiatan ini perlu ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan selain habitat utama Harimau Malaya iaitu ‘Greater’ Taman Negara dan kawasan sekitarnya dilindungi segera serta jaringan koridor hidupan liar di kawasan Central Forest Spine dipulihkan,” titah baginda.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://gempak.com/



Sumber: Sinar Viral

Post a Comment

Previous Post Next Post