Ibu sc4m anak sendiri! Masak nasi bujang di dapur tapi bungkus macam kedai, siap ada paper bag… Habuan asyik nak makan luar

SETIAP anak-anak pastinya memiliki perangai atau ragam berbeza-beza.

Makan ia sudah pasti menjadi cabaran yang terpaksa dihadapi ibu bapa demi membesarkan anak-anak tersayang.

Bagi wanita ini, dia berdepan situasi pelik apabila anaknya hanya mahu menikm4ti makanan di kedai atau yang dibeli bungkus.

Namun demi menuruti kehendak anak tersayang, si ibu terpaksa melakukan apa yang termampu namun dalam masa sama mahu menjaga poket agar tidak terlebih berbelanja.

Cerita wanita itu, dia terpaksa gigihkan diri untuk masak dan kemudian membungkus makanan seperti yang disediakan di kedai makan demi anak tercinta.

“Apabila anak susah makan… nak makanan yang beli saja.

“Seronok dia apabila nampak paper bag tu… dirimu tertipu nak!” tulisnya pada video yang tular di media sosial.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Ibu sediakan makanan nasi bujang kepada anaknya.

Sebagaimana perkongsian di TikTok sehingga meraih lebih 400,000 jumlah tontonan, kelihatan si ibu menujukkan proses penyediaan makanan untuk anaknya yang dikenali sebagai Arissa.

Pada mulanya si ibu dilihat memukul telur sebelum digoreng dan kemudiannya membungkus bersama sup kaki ayam beserta nasi putih sebelum dimasukkan ke dalam beg kertas.

Pada video sama, kelihatan si ibu menghulurkan beg tersebut yang kononnya dihantar oleh penghantar makanan kepada anaknya.

Dengan helah ini, anaknya menganggap bahawa makanan itu dipesan daripada kedai.

Hebat mak… kerja runner Grabfood pun buat juga demi anak nak makan.

NETIZEN

Setelah dihulurkan makanan, kelihatan si anak menunjukkan reaksi penuh teruja menerima bungkusan makanan.

Malah, si kecil kelihatan sungguh gembira dan berselera menikm4ti makanannya itu.

Idea kreatif itu ternyata mencuit hati mereka yang menontonnya.

Makanan itu dimakan oleh oleh anaknya yang berjaya dit1pu.

Bukan itu sahaja, ada juga yang turut bercerita mengenai pengalaman hampir sama dilalui mereka sebagai ibu dalam melayan perangai anak masing-masing.

Dalam pada itu, beberapa netizen juga turut menyatakan hasrat mereka mahu meniru taktik sama untuk anak masing-masing.

Komen netizen di TikTok.

“Ibu memang scammer paling bijak.

“Hebat mak kerja runner Grabfood pun buat juga demi anak makan.

“Mak beli nasi bujang saja nak… Happy ya kamu. Tak apa yang penting mak pun senang hati.

“Terima kasih kak bagi tip! Anak saya kuat makan tapi nak makanan yang merepek saja. Lepas ni boleh buat macam ni mana tahu boleh makan nasi banyak,” ujar netizen di ruangan komen.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://ift.tt/od8Kvnb



Sumber: Sinar Viral

Post a Comment

Previous Post Next Post