Kerja ‘baik pulih’ berjaya! Kek kahwin nyaris runtuh, majlis kurang 24 jam… bekas arkitek kembalikan senyuman bakal pengantin

LAIN yang diminta, lain pula yang diterima.

Begitulah kisah seorang pengantin yang terkedu melihat keadaan kek perkahwinannya yang tidak mencapai kualiti diharapkan.

Ketika majlis berbaki kurang 24 jam, pengantin perempuan itu terpaksa meminta bantuan seorang pengusaha kek di Shah Alam, Selangor untuk menyelamatkan majlis hari bahagianya.

Kisah malang itu diceritakan semula oleh pengusaha bakeri, Nur Hanis Mohd Hashim selepas video mengenai kejadian itu tular di aplikasi TikTok, baru-baru ini.

“Pengantin datang pada 30 Julai dalam pukul 3 petang, dia kahwin 31 Julai. Mula-mula dia tunjuk gambar kek yang rosak, kemudian dia ambil kek yang diletakkan dalam kereta. Saya tengok depan-depan sangat tervk.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Saya tak sampai hati. Dia order kek di Sabak Bernam. Jauh dia nak patah balik, risiko lagi bawa kek dalam perjalanan jauh. Jadi dia tak ada option, dia cari kedai kek berdekatan rumahnya. Sebab itu dia bawa ke kedai saya.

“Sejujurnya banyak nak kena repair. Kena start balik macam kek baharu. Coating lapisan luar tak kemas langsung, nampak cincai cara ia dibuat. Lepas tu, serbuk kek pun melekat sampai nampak bintik-bintik. Dalam kek pun tak betul asasnya, tak kuat untuk kek dua tingkat.

“Jadi saya terus baiki, ambil masa dalam tiga ke empat jam. Malam tu dalam 9.30 malam dia datang ambil. Alhamdulillah saya tumpang gembira untuk pengantin. Saya pun dah kahwin, jadi saya faham, dia mesti nak yang terbaik untuk majlis perkahwinannya,” ujarnya yang senang disapa Hanis.

kek 5

Video yang dikongsi Hanis menerima pujian ramai di TikTok.

Dalam pada itu, Hanis turut berkongsi video transformasi kek yang dibaiki olehnya menerusi aplikasi TikTok sehingga meraih lebih 840,000 tontonan.

Rata-rata netizen turut menitipkan ucapan tahniah dan memuji kepakaran Hanis sehingga berjaya menjadi ‘hero’ dalam hari bersejarah pengantin wanita itu.

kek 2

Hanis sebelum ini pernah bekerja sebagai arkitek.

Menurut Hanis yang juga ibu kepada seorang cahaya mata, dia bersyukur video berkenaan menerima sambutan positif, sekali gus dapat membantu memperkenalkan lagi perniagaannya kepada orang luar.

“Alhamdulillah, mana-mana peniaga pasti mengharapkan yang terbaik untuk apa yang diusahakan mereka. Kalau Allah dah permudah dengan cara ini, maka saya terima. Selepas video itu viral, ada juga yang WhatsApp saya untuk minta buat kek kahwin.

Saya sempat bekerja sebagai arkitek selama setahun, kemudian saya kerja sebagai pereka grafik selama dua tahun.

HANIS

“Saya sebenarnya jarang buat kek kahwin, kepakaran saya ialah kek kanak-kanak. Tapi InsyaAllah saya akan cuba kalau ada permintaan. Terima kasih kepada semua yang beri respon positif kepada video saya di TikTok,” ujarnya yang membuka perniagaan di Seksyen 7, Shah Alam.

Bercerita mengenai dirinya, Hanis merupakan graduan seni bina dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan pernah berkecimpung dalam dunia rekaan grafik sebelum bergelar pembuat kek.

kek 4

Hanis bermula sebagai home-baker sebelum membuka kedai pada tahun 2020.

Menurut Hanis, dia tidak pernah menyesal menukar bidang kerja, sebaliknya menganggap semua ilmu yang dikutip selama ini ada manfaatnya dalam bisnes yang dijalankan sekarang.

“Sejujurnya saya tak pernah pegang spatula. Saya dulu belajar bidang seni bina. Saya sempat bekerja sebagai arkitek selama setahun, kemudian saya kerja sebagai pereka grafik selama dua tahun.

“Saya berhenti kerja selepas bersalin. Saya duduk rumah dan mula buat kek. Saya tak pernah ikuti mana-mana kelas, saya belajar sendiri saja dengan rujukan internet. Walaupun dah lari bidang, semua ilmu yang dipelajari sebelum ini masih bermanfaat.

kek 3

Hanis bersama suami dan anaknya.

“Kaitan paling dekat tentunya berkaitan seni. Contohnya topik proportion, dengan skala sesuatu benda, macam skala bangunan dan manusia, saya apply juga dalam hiasan kek. Jadi semua ilmu yang belajar dulu tak sia-sia.

“Ada juga terlintas rindu kerja lama, tapi saya fikir rezeki jadi suri rumah kemudian tiba-tiba minat buat kek. Saya juga suka berniaga sejak zamam belajar. Dulu berniaga mi segera, baju dan nasi lemak. Selepas dua tahun jadi home-baker, saya akhirnya buka kedai sekitar Mac 2020,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://ift.tt/R87XB61



Sumber: Sinar Viral

Post a Comment

Previous Post Next Post