Wak Doyok ‘Steady’ Tolong ‘Food Rider’ Yang L4nggar Keretanya, Netizen Doa Moga Murah Rezeki

Personaliti fesyen dan pelakon, Wak Doyok mended4hkan dia terlibat kemal4ngan bersama seorang penghantar makanan bermotorsikal (food rider) pada Khamis.

Wak Doyok atau nama sebenarnya, Mohd Azwan Mohd Nor menjelaskan, insiden berlaku apabila food rider terbabit dipercayai melanggar kereta yang yang dinaiki dari arah belakang.

Meski keadaan keretanya agak tervk, Wak Doyok bagaimanapun mengambil pendekatan untuk membantu food rider terbabit yang mengalami keced3raan susulan kemal4ngan.

“Berlaku satu tr4gedi petang tadi waktu puncak. Kereta aku dilanggar oleh rider grab dari arah belakang berhadapan Sg Wang Plaza, Bukit Bintan.

“Kereta aku teruklah jugak. Tapi takpe lah. Lagi teruk adik rider tu motor dia rosak teruk tangan dia luka-luka dan terseliuh bahunya.

“Jadi aku settlekan semua semoga dia sihat kembali dan bekerja mencari rezeki. Hati-hati di jalan raya,” tulisnya pada ruangan kapsyen di Instagram.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Wak Doyok (@wakdoyok)

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap Wak Doyok selain mendoakan agar dirinya terus dimurahkan rezeki.

Perkongsian sama turut dikongsikan pelakon filem Abang Long Fadil 3 ini menerusi Insta Stories selain memuat naik tangkap layar perbualannya bersama food rider tersebut yang memohon maaf atas khilaf.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://ift.tt/Lc6k1pm



Sumber: Sinar Viral

Post a Comment

Previous Post Next Post