“Kita Berada Di Dunia Yang Berbeza Tetapi, Awak Akan Selamanya Dihati Saya. Happy Anniversary!” Ucapan BCL Sempena Anniversary ke 14 Buat Netizen Sayu

Rasanya macam baru lagi dikejutkan dengan berita pemerg1an pelakon dan pengacara terkenal, Ashraf Sinclair yang merupakan suami kepada penyanyi terkenal Indonesia Bunga Citra Lestari yang pergi menghadap Ilahi pada Februari 2020.

Walaupun sudah 2 tahun, namun kemesraan pasangan ini sentiasa berlegar di fikiran. Kebahagiaan jelas terpancar di rut wajah mereka malah anak tunggal pasangan ini iaitu Noah Aidan Sinclair dilihat sangat beruntung kerana dikurniakan ibu bapa yang selalu menyokongnya dan menyayanginya sepenuh hati.

Semalam, Bunga Citra Lestari atau lebih mesra dengan panggilan BCL dilihat memuat naik video ke pusara arw4h suaminya sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-14.

Menerusi video itu, BCL membawa kelopak bunga mawar untuk ditabur di atas pusara Ashraf. BCL turut menitipkan ucapan istimewa buat arw4h dimana suaminya itu akan sentiasa berada di hatinya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Bunga Citra Lestari (@bclsinclair)

“14 tahun lalu, kita sudah berjanji untuk sentiasa menyayangi antara satu sama lain. Dan, hari ini walaupun kita berada di dunia yang berbeza dan kehidupan telah berbeza untuk saya di sini tetapi, awak akan selamanya dihati saya. Happy Anniversary!,” tulisnya.

Diruangan komen rata-rata netizen meluahkan rasa sayu melihat video tersebut serta turut mengucapkan selamat ulang tahun dan sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahy4rham.

Komen Netizen:

BCL mendirikan rumah tangga dengan Ashraf pada 2008 dan pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Noah Aidan Sinclair kini berusia 12 tahun.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://ift.tt/VylZpmd



Sumber: Sinar Viral

Post a Comment

Previous Post Next Post