Viral video Shashic Iewan hadiah kereta untuk famili, paling sayu saat bapa tadah tangan berdoa… “Sejak kecil kami naik pengangkutan awam”

BARU-BARU ini tular di aplikasi TikTok video memaparkan pelawak Shashic Iewan berpelvkan dengan bapanya yang terharu apabila dikejutkan dengan hadiah sebuah kereta.

Menerusi video berkenaan, penonton turut berasa sebak apabila bapanya memasuki kenderaan tersebut sebelum mengangkat tangan membaca doa dalam linangan air mata tanda kesyukuran terhadap hadiah diterimanya.

Bekas peserta program Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM2021) tersebut memberitahu impian untuk membeli sebuah kereta buat ibu bapa akhirnya terlaksana.

Shashic atau Muhammad Noor Shashic Iewan, 31, berkata, dia sudah lama berhajat membelikan sebuah kereta untuk kegunaan ibu bapanya memandangkan mereka tidak pernah memiliki kenderaan sebelum ini.

Ayah terharu dapat kejutan kereta daripada Shashic.

“Kereta itu untuk mak dan ayah sebab saya tidak tahu memandu. Sejak kecil kami sekeluarga hanya naik pengangkutan awam atau motosikal kalau hendak ke mana-mana. Selalunya kalau balik kampung pun naik bas ekspres.

“Jadi kereta ini adalah kereta pertama keluarga, Alhamdulillah impian saya nak tengok mak dan ayah memiliki kereta sendiri akhirnya tercapai,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Shashic berkata, meskipun hanya kereta terpakai namun dia tetap gembira kerana membelinya secara tunai.

Katanya lagi, dia sudah lama mengumpul wang untuk membeli kereta berkenaan kerana ingin membalas jasa orang tuanya yang sudah bekerja keras sepanjang hidup mereka bagi membesarkannya.

“Memang dah lama saya kumpul duit, bila dah cukup saya memang tak fikir panjang dan beli kereta ini buat mak dan ayah.

“Bila lagi nak berjasa pada mereka, selagi mak ayah ada inilah masanya nak menghargai mereka,” ujarnya yang hanya memiliki sebuah motosikal.

Berkongsi reaksi ibu bapanya ketika menerima kejutan tersebut, Shashic berkata, orang tuanya seakan-akan tidak percaya menerima hadiah berkenaan.

Shashic tidak mahu menunjuk-nunjuk.

Malah dia sendiri berasa segan apabila video dia memberi hadiah itu tular di media sosial kerana tidak mahu dianggap mahu menunjuk-nunjuk.

“Saya kalau boleh tak mahu tunjuk-tunjuk pada orang, tapi bila dah ada orang tularkan, tak mengapalah.

“Saya harap ia menjadi manfaat kepada orang lain untuk turut berbakti kepada kedua ibu bapa mereka,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://ift.tt/z8fZ39y



Sumber: Sinar Viral

Post a Comment

Previous Post Next Post