“No One Could Ever Compare To You…” – Anak Zainal Abidin Beri Semangat & Sokongan Terhadap Ibu

Isu rumah tangga bekas jurulatih bola sepak kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan dengan dua isterinya iaitu Datin Zalina Zaini dan penyanyi Fyna Jebat masih hangat diperkatakan.

Biarpun tiada sebarang kenyataan daripada pihak mereka bertiga, namun perkongsian video yang dikongsikan anak perempuan Zainal dan isteri pertamanya itu menarik perhatian.

Menerusi perkongsian tersebut, Zahira Aisyah berkata tiada siapa pun yang mampu menandingi dan menggantikan tempat ibunya.

“Tiada siapa yang dapat menandingi anda, tiada siapa yang boleh menggantikan anda. I love you forever my beautiful and strong mama. I miss you,” tulis Zahira.

Sebelum ini, salah seorang anak Zainal dan Zalina iaitu Zaifiq Zainal turut memuat naik foto dia dan empat orang adik-beradiknya memelvk dan mencivm pipi ibu mereka.

Foto tersebut hanya disertakan kapsyen ringkas seakan-akan memberi bayangan akan sentiasa menyokong penuh ibu mereka.

“Let the picture speak for itself,” tulisnya secara ringkas.

Terdahulu, Zainal enggan memberi sebarang komen berhubung pergaduhan melibatkan dua isterinya di sebuah restoran mamak di Seksyen 9, Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.

Pada Isnin, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner, Mohd. Iqbal Ibrahim mengesahkan berlaku perg4duhan kecil melibatkan dua isteri kepada bintang bola sepak terkenal itu.

Menurut Iqbal, kedua-dua pihak telah membuat laporan polis dan kes disi4sat mengikut Seksyen 160 Kanun Kes3ksaan (g4duh gempar) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (AKK) (Kelakuan tidak sen0noh di tempat awam).

Hasil sias4tan mendapati, svspek (isteri pertama) marah kepada penyanyi itu kerana telah berkahwin dengan suaminya tanpa pengetahuan dirinya.

Nama Zainal menjadi sebutan ramai apabila dia berkahwin kali kedua dengan penyanyi Fyna Jebat sedangkan masih bergelar suami kepada isteri pertama, Datin Zalina Zaini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://gempak.com/



Sumber: Sinar Viral

Post a Comment

Previous Post Next Post