“Semoga Allah Balas Kebaikan Awak” – Noorkhiriah Kagum Suami Sukarela Kutip Sampah Di Stadium Lepas Tengok Bola

Pelakon Noorkhiriah berasa kagum melihat suaminya, Azfaizul Ahtan membersihkan sampah di tempat duduk dalam Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur selepas menonton perlawanan Piala AFF, Malaysia melawan Singapura malam tadi.

Menerusi rakaman klip video yang dikongsi oleh pelakon drama Nur itu menunjukkan suaminya membawa beg sampah dan mengutip semua sampah sarap yang ditinggalkan oleh para penonton di stadium berkenaan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17)

“Sampai kat stadium pun buat kerja. Habis game terus kutip sampah.

“Itupun dia kabo (bagitahu) plastik tak cukup. Semoga Allah membalas kebaikan awak Pa,” tulis Noorkhiriah.

Pada perlawanan tersebut, Malaysia mengesahkan tiket ke separuh akhir Piala AFF 2022 dengan bergaya apabila membenam Singapura 4-1.

Video:

@khiriah_17

Sampai Ke Stadium Pun Ada😂😂😂 @Dato’ FIZZFAIRUZ .. Tahniah Malaysia 4-1 #pialaaffsuzuki

♬ original sound – Khiriah17 – Khiriah17

Dalam masa yang sama, Noorkhiriah juga terjumpa dengan pelakon Datuk Fizz Fairuz yang turut sama menyaksikan perlawanan bola sepak tersebut.

Ternyata gelagat mereka berdua sering mencuit hati peminat apabila mereka bakal bergandingan dalam sebuah drama tidak lama lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://ift.tt/BDFPHxw



Sumber: Sinar Viral

Post a Comment

Previous Post Next Post