“Ishhh laa budak ni Mainnn lompoqq pulak” – Gelagat anak mua bella main lumpur di sawah padi tarik perhatian ramai

MuaBellazz iaitu nama yang tidak asing lagi dalam kalangan influencer yang terkenal dengan video-video solekan dan juga sering membuat pelbagai video mengenai teknik solekan yang sesuai bagi semua jenis kulit.

Walaupun begitu, Bellaz Sentiasa berpijak di bumi nyata dan tidak terleka dibuai pujian peminat, Bellaz atau nama penuhnya Nabilah Zulyadaini tidak pernah melupakan asal usul dirinya sebagai anak seorang nelayan.

Banyak video yang memperlihatkan dirinya dan keluarganya masih menjalani kehidupan sebagai orang kampung dan salah satunya apabila Bellaz memuatnaik sebuah video apabila anak lelakinya itu sedang mandi lumpur dan mengotorkan baju yang sedang dipakainya itu.

Tidak berdiam diri dengan kekotoran di baju anak lelakinya itu dan seperti biasa, Bellaz membebel sambil bertanya kepada anak lelakinya itu bagaimana untuk mencuci pakaian yang dipenuhi lumpur itu, adakah harus menggunakan “mesin laundry” untuk menyucikan baju itu sambil bergelak ketawa dengan anak lelakinya itu.

Video:

@muabellaz

ishhh laa budak ni Mainnn lompoqq pulak

♬ Funny Song – Cavendish Music

Ketika menerjah ke ruangan komen, rata-rata warganet tergelak mendengar leteran Bellaz itu dan juga memuji ketampanan wajah anak lelakinya yang segak itu.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://ift.tt/Wc4FOue



Sumber: Sinar Viral

Post a Comment

Previous Post Next Post