Perjvdian cinta yang sia-sia, wanita ini dikongkong sejak tingkatan enam.. Asyik jadi ‘mesin ATM’ teman lelaki tak sedar diri

GARA-GARA cinta, kebenaran yang terzahir sejak sekian lama umpama dipandang sebelah mata.

Risau andai kehilangan orang yang tersayang, seseorang itu boleh membiarkan dirinya diberi layanan burvk dan diambil kesempatan.

Begitulah kisahnya untuk wanita ini yang memberikan peluang berkali-kali kepada teman lelakinya, namun sering disia-siakan.

Luahan wanita ini di laman TikTok.

Melalui satu video tular di TikTok, seorang wanita menceritakan bagaimana hidupnya dikongkong oleh teman lelaki.

Episod bermula dengan dia meminta pandangan untuk menyambung pengajian ke tingkatan 6 tetapi dihalang oleh teman lelakinya dengan alasan pelajaran akan mengganggu perancangan mereka untuk berkahwin.

“Awak saya dapat tawaran belajar tingkatan 6,” kata wanita itu memberitahu berita gembira berkenaan kepada teman lelakinya.

“Siapa suruh sambung study, macam mana nak kahwin?” balas si lelaki.

Selain itu, ketika memberitahu teman lelakinya yang dia mendapat peluang pekerjaan, reaksi teman lelakinya bertukar gembira.

“Yeay, kita boleh kahwin cepat,” kata teman lelakinya ringkas.

Walaupun begitu, teman lelakinya sepertinya mengambil ringan pula apabila wanita berkenaan mengajak untuk berbincang secara serius mengenai perkahwinan mereka menerusi perjumpaan bersama ibu bapanya

“Saya tak ada saving langsung, kita nikah tak ada pelamin apa-apa boleh?” ujar teman lelakinya bersahaja.

Seterusnya teman lelaki wanita ini juga kerap berprasangka bvruk apabila mesej perbualan tidak dibalas.

“Kenapa tak boleh chat sekarang, cakap je la nak borak dengan jantan lain,” kata lelaki itu menvduh teman wanitanya sembarangan.

Seterusnya melalui perkongsian video itu lagi, wanita tersebut juga did4kwa diambil kesempatan oleh teman lelakinya yang meminta dia untuk membayar wang muka pembelian motosikal.

Wanita ini mengatakan dia dieksploit oleh teman lelakinya.

“Terima kasih sayang sebab tolong bayarkan dulu duit muka motosikal, alang-alang tu boleh tolong bayarkan sekali tak lesen dengan roadtax sekali? Nanti saya bayarkan balik,” ujar teman lelakinya meminta.

Perkara bertambah berat untuk wanita ini apabila teman lelakinya menyuruhnya untuk mengabaikan keluarga ketika dia memberitahu mahu mengikuti percutian hujung minggu.

“Tak payah, cakap dekat papa dan mama tak nak ikut,” arah teman lelakinya.

Namun sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.

Situasi mencecah ke kemuncaknya apabila wanita itu mendapat tahu teman lelakinya bermain kayu tiga.

“Awak dekat mana, lama menghilang,” tanya Fie kepada teman lelakinya tentang keberadaannya.

Pada ketika itu, wanita berkenaan sudah menerima tangkap layar daripada seseorang bahawa teman lelakinya sedang bermandi-manda di kolam renang bersama seorang wanita dari tempat kerja.

Soal perkawhinan diambil ringan oleh teman lelaki wanita ini.

“Dekat rumah je, nak tidur kejap mengantuk,” kata lelaki berkenaan yang jelas men1pu.

Tidak tahan lagi dengan sikap teman lelakinya, wanita itu meminta untuk diakhiri hubungan mereka tetapi malangnya teman lelakinya menyalahkannya semula.

“Maaf, saya dah tak boleh teruskan hubungan ni,” ujarnya meminta diputuskan hubungan.

“Kenapa macam ni selepas semua yang saya dah korbankan untuk awak?” kata teman lelakinya tanpa rasa bersalah.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya berasa lucu dengan sikap lelaki tersebut yang dianggap tidak sedar diri.

“Apa yang dia korbankan ya? Sakit pervt aku baca.

“Lebih baik tinggalkan daripada jadikan teman lelaki macam ni sebagai suami.

“Teman lelaki macam ni memang sah akan jadi bi4wak hidup bila jadi suami nanti,” ujar sebahagian warga maya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://ift.tt/2uyKgSO



Sumber: Sinar Viral

Post a Comment

Previous Post Next Post