Tak ramai di antara kita berpeluang untuk meraikan hari raya bersama orang yang tersayang terutamanya datuk dan nenek yang telah pergi meninggalkan kita terlebih dahulu.
Baru-baru ini, seorang lelaki bernama Aidil Aminuddin telah berkongsi videonya beraya bersama nenek di TikTok dan telah mendapat perhatian netizen.
Video:
@cucumakaji_ Tak mahu kehilangan yang ini #makajihoodie
Rata-rata netizen meninggalkan komen yang mengatakan dia sangat beruntung kerana masih mempunyai seorang nenek untuk bermanja kasih sayang sedangkan ramai di luar sana sudah tidak mempunyai nenek lagi.
Rupanya hanya tinggal nenek, keluarga maut dalam kemalangan
Walau bagaimanapun, ramai yang tidak tahu di sebalik pujian yang terima, Aidil rupanya menyimpan satu kisah sedih mengenai keluarganya.
Menerusi satu lagi perkongsian video, Aidil memberitahu bahawa kesemua ahli keluarganya maut akibat terlibat dalam satu kemalangan ngeri pada tahun 2003.
Tambahnya lagi, hanya dia seorang saja yang terselamat daripada lima orang ahli keluarga, manakala kakaknya yang sulung pula tidak berada di tempat kejadian. Allahu…
Video:
@cucumakaji_ Replying to @zar sorry kalau saya ada buat orang sedih, saya turut terlibat dalam kemalangan tersebut alhamdulillah diberi peluang untuk jaga nenek
Dalam satu perkongsian lagi, Aidil menjelaskan bagaimana tragedi kemalangan tersebut berlaku yang mana kereta ibu bapanya katanya telah dihempap oleh sebuah lori dari arah yang bertentangan.
Ketika kejadian berlaku, dia yang berusia 4 tahun bersama adiknya berjaya diselamatkan, namun ketika tiba di hospital, adiknya pula menghembuskan nafas terakhir di sana. Sedihnya…
Kisah yang didedahkan Aidil ternyata menyentuh hati netizen dan rata-rata mendoakan semoga dia terus kuat dalam menghadapi dugaan dalam hidup ini.
Al fatihah buat keluarga mangsa… sebak min tengok video dia.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : Lobak Merah
Sumber: Sinar Viral