[Video] “Dia Sangat Penyabar, Memahami, Kelakar & Buat Saya Bahagia” – Viral Semula Di Tiktok

Bukan itu sahaja, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam baru-baru ini menetapkan 30 Mei ini bagi sebutan semula inter-parte (kedua-dua pihak) pelakon Diana Danielle dan suaminya Farid Kamil berhubung hak penjagaan sementara (hadanah) dua anak mereka iaitu Muhammad dan Nur Aurora.

Di Tiktok, viral semula sebuah video pendek yang memaparkan sesi temu bual pihak media bersama pasangan tersebut selepas akad nikah pada tahun 2012.

Buat saya bahagia

Menerusi rakaman video berdurasi 0:49 saat itu, Diana menyifatkan Farid seorang lelaki yang memahami, kelakar dan membuat dirinya bahagia.

Dia sangat penyabar, memahami, kelakar, dan dia buat saya sangat bahagia. Dia juga banyak mengajar saya tentang kesabaran, serta memberi sokongan emosi dan mental sepanjang kami berkawan.

Di samping itu, Farid dilihat tidak lepas merenung wajah isterinya sepanjang video itu dirakam. Di ruangan komen, netizen meluahkan rasa sayu atas apa yang berlaku terhadap rumah tangga pasangan ini. Rata-rata netizen tidak menyangka hubungan yang terjalin selama 11 tahun itu sedang dilanda badai meskipun Farid mengakui masih ada harapan untuk diperbaiki.

Komen Netizen:

Video:

@lialia8_

Throwback pernikahan Farid Kamil dan Diana Danielle lebih kurang 10 tahun yang lalu, semoga semua baik baik bagi korang berdua #faridkamil #dianadanielle #throwback #astroawani

♬ original sound – Ordinary – Ordinary

Sumber: Lialia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://ohbulan.com/



Sumber: Sinar Viral

Post a Comment

Previous Post Next Post