IBU kepada penyanyi Aiman Tino iaitu Hazelina Mat Jalil, 47, tampil membuat laporan p0lis selepas seorang peminat anaknya itu membuat ugutan bunuh diri.
Kata Hazelina, 47, dia membuat laporan tersebut kerana enggan nama Aiman dikaitkan jika wanita berkenaan melakukan tindakan di luar kawalan itu.
“Wanita itu ugut nak bunuh diri sekiranya Aiman tidak mahu menjadikan dia sebagai isteri kedua.
Wanita berkenaan berniat mahu bunuh diri.
“Jadi sebab itu kami nak buat report polis. Tak mahu Aiman terbabit jika berlaku sebarang perkara tidak diingini berlaku terhadap wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi mStar.
Hazelina membuat laporan polis berkenaan di Balai Polis Kuala Kubu Bharu, Selangor pada Rabu.
Sebelum itu, Hazelina memuat naik paparan perbualan wanita yang dikenali sebagai Syakila di laman Instagram miliknya.
Bukan hanya menghantar mesej kepada Aiman, peminat asal Kelantan itu turut mengganggu isteri dan adik-beradik penyanyi tersebut.
“Apa yang dia buat agak melampau sampai ganggu isteri dan adik-beradik Aiman. Malah dia pun hantar mesej di Instagram kelab peminat Aiman.
“Sebelum ini saya pernah berikan nombor telefon Aiman kepadanya, kemudian dia sebarkan kepada orang lain,” ujarnya.
Isteri Aiman juga diganggu wanita berkenaan.
Katanya lagi, dia tidak mengenali wanita tersebut secara peribadi namun pernah berjumpa dalam satu acara awal tahun lalu.
“Saya pun tak kenal sangat dia. Cuma dapat tahu dia peminat fanatik Aiman.
“Saya harap kepada sesiapa yang kenal wanita itu memaklumkan kepada kami,” jelasnya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber :mstar
Sumber: Sinar Viral