[VIDEO] Lelaki Dakwa Terakam ‘Penanggal’ Di Atas Pokok

Seorang lelaki mendakwa, terakam entiti menakutkan didakwa sebagai penanggal di atas pokok di Kota Belud, Sabah.

Menerusi satu perkongsian di TikTok milik Dj Azmie, dia hairan apabila terlihat bebola api di atas pokok.

Dia yang musykil dengan perkara itu, bertindak merakam kejadian berkenaan untuk meminta pandangan orang ramai di media sosial.

“Siapa tahu apa benda ni? Bentuk macam bebola api, tetapi kenapa ada di atas pokok?,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berpendapat, bebola api itu sebenarnya penanggal.

“Tak silap, dulu orang pernah kata, tu penanggal, kena pekik untuk halau dia,” komen Nik Balkish.

“Syaitan atau iblis, dibuat daripada api, tu nak bertukar jadi hantu,” kata Malay Ren.

“Aku pernah jumpa benda macam ni, dekat atas pokok asam jawa. Dalam pukul 10 malam. Ada yang kata itu bebola iblis,” komen Aniff.

Video tersebut menjadi tular di aplikasi TikTok dengan tontonan sebanyak 215,000, 7,067 tanda suka dan 547 komen.

VIDEO;

@djazmie

Pada pendapat anda? 😨

♬ Creepy and simple horror background music(1070744) – howlingindicator

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber :KOSMO! ONLINE / https://mulutviral.com/



Sumber: Sinar Viral

Post a Comment

Previous Post Next Post