[VIDEO] “Siapa ada urusan hutang dengan arwah, hubungi saya” – Didie Alias

KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal tanah air, Ridzuan Hashim menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pukul 1.57 tengah hari tadi.

Berita pemergian pelakon yang berusia 62 tahun itu disahkan oleh anak saudara Allahyarham, Kamarul Izham Ahmad Badri kepada Astro AWANI sebentar tadi. 

 “Bapa saudara saya meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur sekitar sejam lalu. Buat masa ini jenazah masih berada di hospital dan keluarga sedang menguruskan hal pengebumian,” kata Kamarul Izham ketika dihubungi. 

Genap seminggu pemergian penyanyi kumpulan metal, Mael XPDC, rakyat Malaysia pada hari ini dikejutkan lagi dengan pemergian pelakon berbakat Malaysia ini 

Perkara ini turut disahkan dan dikongsikan oleh bekas isteri beliau, Didie Alias di mana Ridzuan Hashim baru sahaja menghembus nafas terakhir sebentar sahaja tadi di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

VIDEO;

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Didie Alias (@ladydidiemsia)

Untuk pengetahuan, Ridzuan Hashim merupakan pelakon yang telah menghiasi industri hiburan negara selama lebih sedekad.  Banyak terlibat dalam drama, telemovie serta filem KL Gangster 2 antara yang membuatkan beliau dikenali ramai. 

Takziah diucapkan buat seluruh keluarga Ridzuan Hashim dan didoakan semoga Allahyarham Ridzuan Hashim ditempatkan di kalangan orang beriman.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber :https://ift.tt/J5ZENMl



Sumber: Sinar Viral

Post a Comment

Previous Post Next Post