DULU BERTUBUH KURUS, KINI MENJADI WANITA BESI YANG CANTIK


Di sebalik kelembutan dan rupa paras dua wanita ini siapa menyangka mereka menyimpan rahsia tersendiri. Mana tidaknya mereka amat menitikberatkan soal kesihatan dan gaya hidup sihat, disamping memilih sukan angkat berat dan bina badan sebagai kerjaya utama kehidupan mereka.
Gadis cantik manis ini mesra dipanggil Nana pada mulanya merasakan susuk badannya yang agak kecil dan kurus atas nasihat seorang rakan dia memulakan misinya untuk memiliki badan idaman dengan melakukan aktiviti bina badan.
Dulu Bertubuh Kurus, Kini Menjadi Wanita Besi Yang Cantik1
NANA Al-Haleq menceburi sukan bina badan pada mulanya hanya untuk memperbaiki fizikalnya yang terlalu kurus sebelum ini. 
Setelah lama bergelumang dalam bidang ini, Nana menyedari bahawa segelintir wanita di negara ini kurang akan kesedaran mengenai penjagaan kesihatan lebih-lebih lagi dalam bidang kecergasan di Gymnasium.
Dulu Bertubuh Kurus, Kini Menjadi Wanita Besi Yang Cantik2
“Dulu berat badan saya hanya 44K, ditambah dengan ketinggian 165 sentimeter, badan menjadi terlalu kurus. Walaupun berbadan kecil dan kurus, saya masih tidak berpuas hati dengan bentuk tubuh sendiri.
Ujarnya lagi, Nana mendapati ikon wanita terutama dalam bidang kecergasan dan bina badan yang boleh membantu kaum wanita di negara adalah sangat kurang.
Dulu Bertubuh Kurus, Kini Menjadi Wanita Besi Yang Cantik3
NANA Al-Haleq bergiat aktif bagi memberi kesedaran dalam penjagaan kesihatan kepada wanita. 
Tambah Nana, dengan ilmu sepanjang pembabitannya dalam aktiviti bina badan ini, dia nekad untuk membantu dan mengubah persepsi kaum wanita terhadap sukan berkenaan.
“Kebanyakan pemahaman masyarakat, kalau kurus tak perlu bersenam atau diet, tetapi sebebarnya walaupun individu itu mempunyai susuk tubuh yang kecil, mereka masih mempunyai peratusan lemak tinggui dalam badan.
Dulu Bertubuh Kurus, Kini Menjadi Wanita Besi Yang Cantik4
“Malah persepsi bahawa sukan bina badan menjadikan wanita berbadan besar adalah tidak betul, ini kerana adalah sangat susah untuk wanita membina otot kerana kita tidak mempunyai hormon testostern yang tinggi seperti lelaki.
Nana menambah lagi, jika wanita membuat latihan seberat mana sekalipun, ciri kewanitaan yang ada pada mereka takkan berubah kecuali dengan mengambil vitamin serta makanan tambahan.
Dulu Bertubuh Kurus, Kini Menjadi Wanita Besi Yang Cantik6
Wanita kedua yang sempat ditemuramah oleh wartawan adalah seorang yang mempunyai kelulusan Ijazah Perniagaan dan Perdagangan dari Universiti Monash, Hanisah Mohmad Sharil.
SUKAN bina badan memberi hasil yang memuaskan bagi Nana Al-Haleq.
Jurulatih kecergasan ini berpendapat, sukan bina badan mengajar erti kesabaran serta menerapkan disiplin yang tinggi dalam diri. Tambahan lagi, sukan ini bukan sekadar menjadikan tubuhnya lebih menarik tetapi membina keyakinan diri dan kekuatan.
Dulu Bertubuh Kurus, Kini Menjadi Wanita Besi Yang Cantik7
“Saya suka sukan bina badan ini sebab bila sudah nampak hasil, kita nak berusaha labih lagi.
“Bagaimanapun, untuk menampakkan hasil yang diinginkan, kita perlua menjadikan sukan ini sebagai gaya hidup dan bukan hanya meletakkan sasaran untuk memiliki tubuh badan menawan,” ujarnya.
Dalam pada itu, Hanisah menanam impian agar satu hari nanti beliau dapat memasuki pertandingan sukan bina badan di peringkat antarabangsa bagi mendapat lebih banyak pendedahan serta pengalaman dalam bidang berkenaan.
Dulu Bertubuh Kurus, Kini Menjadi Wanita Besi Yang Cantik7
Dulu Bertubuh Kurus, Kini Menjadi Wanita Besi Yang Cantik1
Dulu Bertubuh Kurus, Kini Menjadi Wanita Besi Yang Cantik2
Dulu Bertubuh Kurus, Kini Menjadi Wanita Besi Yang Cantik3
Dulu Bertubuh Kurus, Kini Menjadi Wanita Besi Yang Cantik6

Post a Comment

Previous Post Next Post