Pasangan Paling `Hot’ Di Dunia Kini Berpacaran


Dr Mikhail Varshavski yang telah dinobatkan sebagai `doktor paling seksi’ oleh majalah People pada 2015, telah mendapat pasangan yang tidak kurang hebatnya iaitu Miss Universe 2015, Pia Alonzo Wurtzbach.

Doktor yang berasal dari Rusia itu telah mengesahkan hubungan berkenaan.
“Saya sedang dating dengan Pia. Hubungan ini masil awal tetapi saya teruja untuk melihat kemana arah tujuannya,’’ demikian tulis Dr. Mikhail kepada Wonderwall.
Gambar mereka berdua turut dimuat naik dalam Instagram Pia, iaitu ratu cantik yang berasal dari Filipina.
Seminggu lalu, Pia telah menyatakan bahawa menjadi Miss Universe kekal sebagai keutamaannya tetapi kini mungkin keutamaan itu sudah berubah.
Walaupun hubungan mereka masih terlalu awal, namun sudah ada yang membayangkan wajah anak mereka kelak.
Pia dinobatkan sebagai Miss Universe pada bulan Disember tahun lepas dalam satu majlis yang penuh kontroversi apabila pengacara, Steve Harvey telah tersalah sebut nama pemenang.
Manakala Dr. Mikhael pula menjadi terkenal selepas muncul dalam majalah People.
Akan Instragramnya kini mempunyai 1.6 juta pengikut. Beliau yang merupakan doktor residen di Overlook Medical Center, baru sahaja menandatangani kontrak dengan agensi Abrams Artists.

Post a Comment

Previous Post Next Post