Tahniah! Boboiboy Raih RM10 Juta Dalam Masa 14 Hari

Terdahulu pihak Animonsta Studios, BoBoiBoy: The Movie telah mensasarkan kutipan filem sebanyak RM20 juta. Dan kini selepas 11 hari tayangan, sudah pun mencatatkan kutipan filem sebanyak RM10 juta.

Ini mungkin kerana faktor cuti sekolah yang turut membantu menaikkan jumlah kutipan tersebut.

Baca: FILEM MUNAFIK 'COMEBACK' SYAMSUL YUSOF  

BoBoiBoy mengisahkan sekelompok makhluk asing jahat yang menamakan diri mereka "The Tengkotak" datang ke Bumi untuk menculik Ochobot. Tujuan mereka menculik Ochobot adalah sebagai petunjuk untuk mencari asal kekuatan dari Ochobot, sebuah sfera kuasa atau bola kekuatan. BoBoiBoy dan kawan-kawan, termasuk Adu Du dan Probe, harus berusaha membebaskan Ochobot sekali gus menghalangi Tengkotak mendapatkan sfera kuasa tersebut.

Baca: OLA BOLA KUTIP RM8 JUTA DALAM MASA 13 HARI

Sebelum ini antara filem-filem tempatan yang sudah berjaya antaranya seperti filem Munafik dengan kutipan RM11 juta dalam masa dua minggu. Manakala filem Ola Bola pula meraih kutipan sebanyak RM16 juta dalam masa 39 hari.

Nyata perkembangan positif ini menunjukkan industri filem di Malaysia ketika ini di landasan yang sangat baik.  
 

Baca di website

Post a Comment

Previous Post Next Post