Bekas Isteri Datuk Eizlan Yusof, Vie Shantie Mohon Spekulasi Kotor Dihentikan

Bekas isteri kepada pelakon Datuk Eizlan Yusof, Vie Shantie baru-baru ini ada menjelaskan dengan panjang lebar mengenai spekulasi terhadap dirinya menerusi laman sosial Facebooknya.

Memetik kata Vie, dia mohon agar tiada lagi spekulasi yang tidak sahih dari mana-mana sumber. Jelasnya, kisah duka rumah tangga mereka biarlah menjadi rahsia antara mereka berdua demi menutup aib masing-masing.

Berikut Media Hiburan kongsikan petikan Vie:



"Bukanlah sesuatu yang anda lihat baik itu baik juga dimata orang lain jika ianya hanya mengundang keburukan. Begitu juga jika anda melihat perkara yang buruk bukan bermakna ia tidak melahirkan kebaikan kepada seseorang. Sebagaimana Tuhan mengingatkan kita, apa yg kamu pandang dan dengar tidak sebagaimana yang kamu ketahui sebenarnya melainkan Allah Maha Tahu atas segalanya.

Baca: EIZLAN YUSOF & VIE SANTIE SAH CERAI

"Janganlah menjadi penyumbang kepada kepincangan cerita kotor dari mana-mana sumber yang membinasakan nama orang lain. Kamu tidak diuji di mana tempat saya berdiri sekarang dan kamu tidak tahu bagaimana saya lewati hari-hari perit saya tanpa meminta bantuan dari mana-mana pihak atau minta perhatian dari mana-mana pihak termasuk bekas suami saya sendiri.

"Semoga orang yang beriman membaca komen ini akan faham dan takut bahawa Allah melindungi orang yang teraniaya. Saya berdoa agar segala tohmahan, fitnah dan cacian yg dilemparkan ke atas saya tanpa usul akan dapat pembelaanNya. Lebih baik kita diam dari bercakap sesuatu yang boleh kembali kepada si pengucap. Wallahua’alam," ujarnya lagi.

Buat netizen janganlah menghukum seseorang itu dengan tanpa usul periksa kerana banyak hati yang perlu dijaga. Diharap Vie Shantie tabah dengan ujian yang diterima ini.
 

Baca di website

Post a Comment

Previous Post Next Post