Gerard Pique muncul wira Sepanyol, benam Republik Czech 1-0

PEMAIN pertahanan Barcelona, Gerard Pique muncul wira Sepanyol apabila berjaya menjaringkan gol pada minit terakhir ketika menentang Republik Czech dalam saingan Kumpulan D, sebentar tadi.

Euro 2016: Pique muncul wira Spain

Euro 2016: Pique muncul wira Spain

Pique berjaya menanduk hantaran cantik dari Andres Iniesta pada minit ke 85 setelah kedua-dua pasukan terikat 0-0.

Keseluruhan perlawanan adalah baik, di mana Sepanyol berjaya mengawal rentak permainan dan Republik Czech bertahan dengan baik terutama menerusi penjara golnya Petr Cech.

Keputusan ini menyaksikan pasukan bimbingan Vicente del Bosque mendapat tiga mata dan berkongsi tempat teratas dengan Croatia yang berjaya mengalahkan Turki 1-0 semalam.

 

Sumber: Sinar Harian

Post a Comment

Previous Post Next Post