Hospital ini tanggung semua kos bersalin jika anak yang dilahirkan adalah perempuan!

Hospital ini tanggung semua kos bersalin jika anak yang dilahirkan adalah perempuan!

Hospital ini tanggung semua kos bersalin jika anak yang dilahirkan adalah perempuan!

 

SEBUAH hospital di Gujarat, India menawarkan untuk membiayai segala kos persalinan dan rawatan sekiranya pesakit mereka melahirkan anak perempuan.

Usaha aneh ini dilakukan oleh pihak Hospital Sindhu bagi meningkatkan jumlah anak perempuan di negara Asia selatan tersebut.

Ini kerana, rakyat negara itu lebih memilih untuk mendapatkan anak lelaki. Manakala, anak perempuan disambut dengan kekecewaan.

“Selama bertahun-tahun, kami perhatikan sebahagian besar ibu yang akan melahirkan berharap memiliki anak lelaki.

“Bayi lelaki yang dilahirkan disini akan mendapat sagu hati, namun bagi kelahiran perempuan akan disambut dengan cara yang berbeza.

“Negara dan setiap masyarakat perlu meraikan kelahiran bayi perempuan,” kata Pengarah Urusan Hospital Sindhu.

Dengan melahirkan anak perempuan, ibu yang melahirkan anak perempuan akan jimat kira-kira 7,000 rupee (RM420) untuk persalinan normal.

Manakala, bagi operasi pembedahan, kos biayai boleh mencapai sekitar 20,000 rupee (RM1,199).

Menurut laporan, jutaan janin yang dipastikan jantina perempuan digugurkan pada setiap tahun di India.

Malah, pada 1994, pihak berkuasa India melarang rakyatnya memeriksa jantina bayi sebelum kelahiran. Sekiranya melakukan kesalahan itu, pesalah boleh dihukum lima tahun penjara.

Sumber: MYNEWSHUB.CC

 

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post