Gambar kemalangan paling mahal di dunia bernilai RM24.2 juta!

Sebuah kereta buatan Koenigsegg berharga AS6 juta (RM24.2 juta) musnah dalam satu kemalangan yang dianggap paling mahal membabitkan kereta.

Model Koenigsegg One:1 itu menjalani ujian pemanduan di sirkit Nurgurgring di Jerman menjelang cubaan untuk mencatatkan rekod lap apabila kemalangan itu berlaku.

Gambar kemalangan paling mahal di dunia bernilai RM24.2 juta!

Gambar kemalangan paling mahal di dunia bernilai RM24.2 juta!

Pemandu terbabit hilang kawalan dan merempuh penghadang jalan, menyebabkan kereta itu terhumban dan mengalami kerosakan teruk di depan dan belakangnya.

Kejadian berlaku apabila pemandu itu melalui selekoh Fuchrohre, bahagian paling mencabar sirkit berkenaan dan gagal menekan brek.

Kereta itu juga rosak akibat terbakar, kesan daripada kemalangan yang berlaku Jumaat lalu.

Sumber : Hmetro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post