Wanita terberanak di tepi Highway LATAR seorang diri sebelum disedari pekerja lebuh raya

SEORANG wanita tanpa diduga ‘terberanak’ di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor Expressway (LATAR) berhampiran Plaza Tol Kuang East, pagi tadi.

Wanita Terberanak Tepi Highway LATAR

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.12 pagi itu, wanita tersebut dikatakan berjaya melahirkan anak lelaki dalam kereta tanpa bantuan daripada pihak profesional seperti doktor atau jururawat.

Secara kebetulan, kejadian itu hanya disedari oleh pekerja lebuh raya berkenaan yang bertindak menghulurkan bantuan kecemasan kepada ibu tersebut.

Pekerja itu kemudian segera menghubungi ambulans yang tiba beberapa minit kemudian.

Wanita terberanak di tepi Highway LATAR seorang diri sebelum disedari pekerja lebuh raya

Wanita terberanak di tepi Highway LATAR seorang diri sebelum disedari pekerja lebuh raya

Berikutan itu, kedua-dua ibu dan anak tersebut telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh kira-kira pukul 10.47 pagi.

Difahamkan, mereka berada dalam keadaan selamat. 

Sumber : MYNEWSHUB.CC



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post