Naib Presiden PKR, Darell Leiking umum letak jawatan dan keluar parti

Naib Presiden PKR, Darell Leiking hari ini mengumumkan meletak jawatan dan keluar PKR.

Darell Leiking letak jawatan dan keluar parti

Darell Leiking letak jawatan dan keluar parti

Darell Leiking letak jawatan dan keluar parti

“Peletakan jawatan saya sebagai naib presiden PKR dan keluar daripada PKR ini berkuat kuasa serta merta,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Katanya beliau telah menemui Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi menyatakan hasratnya itu dan menurutnya presiden menghormati keputusannya.

Darell yang juga Ahli Parlimen Penampang berkata, beliau bakal menyertai parti tempatan Sabah yang bakal diterajui bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Mengenai jawatan yang ditawarkan kepadanya dalam parti yang akan disertainya, Darell berkata beliau ada berbincang mengenai jawatan dengan Mohd Shafie namun belum membuat keputusan sama ada menerimanya atau tidak.

Mohd Shafie yang bertindak keluar Umno pada 4 Julai lepas hari ini berkata, beliau berhasrat mengambil alih sebuah parti politik di Sabah untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang. – Bernama

 

Sumber: Sinar Harian



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post