Viral Safee Sali meninggal dunia adalah palsu, empunya badan kecewa

Pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Safee Sali kecewa dengan tindakan mereka yang menyebarkan berita palsu kononnya beliau meninggal dunia akibat serangan jantung, hari ini.

Safee Sali kecewa viral palsu kematiannya

Safee Sali kecewa viral palsu kematiannya

Safee berkata, dia terkejut apabila menerima panggilan kira-kira jam 4 petang, tadi daripada seorang kawan yang memaklumkan mengenai berita itu yang viral di Facebook (FB).

“Ini berita palsu dan saya amat kecewa dengan mereka yang sanggup menyebarkan perkara ini dalam FB. Jangan buat perkara yang tidak bertanggungjawab.

“Saya sihat dan akan menjalani latihan seperti biasa di Pusat Latihan Kelab Bola Sepak JDT, petang ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Berita itu menjadi viral dalam FB menerusi satu akaun bernama Harian Metro News yang memuat naik Safee dikejarkan ke hospital sebelum dikhabarkan meninggal dunia akibat serangan jantung.

Safee berkata, beliau juga akan membuat laporan polis dalam tempoh terdekat mengenai penyebaran berita palsu itu.

 

Sumber: BH Online



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post