Detik cemas medan selera dirempuh kereta peguam di Menara Millenium

Peguam mengalami detik cemas selepas tertekan pedal minyak kereta ketika cuba mengambil kad tempat letak kereta yang terjatuh sehingga kenderaannya merempuh ke dalam medan selera di Menara Millenium di sini, 10.10 pagi tadi.

Medan selera dirempuh kereta peguam

Detik cemas medan selera dirempuh kereta peguam di Menara Millenium

Detik cemas medan selera dirempuh kereta peguam di Menara Millenium

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Shafie Daud berkata, pemandu lelaki berusia 51 tahun terbabit bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan akibat kemalangan itu.

Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika pemandu terbabit mahu menyentuh kad pada mesin palang tempat letak kereta.

“Bagaimanapun kad berkenaan terjatuh dan sewaktu lelaki berkenaan mahu mengambilnya dia secara tidak sengaja terpijak pedal minyak.

“Kejadian menyebabkan kereta dipandu itu memecut ke hadapan dan melanggar tiga tiang penghadang sebelum merempuh cermin besar serta masuk ke dalam medan selera.

“Namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana tidak ramai berada di medan selera berkenaan. Kemalangan itu hanya menyebabkan kerosakan harta benda milik syarikat bangunan berkenaan sahaja,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, siasatan lanjut dilakukan mengikut Peraturan 10 LN 166/59 kerana gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan.

 

Sumber: Harian Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post