Pamer simbol komunis di Jakarta, 4 rakyat Malaysia ditahan

Empat warga Malaysia ditahan di sini kerana mempamer simbol komunis seperti bukuManifesto Komunis, dengan lambang tukul dan sabit yang diharamkan, akibat tiada panduan jelas penganjur pesta buku republik itu.

Pamer simbol komunis di Jakarta, 4 rakyat Malaysia ditahan

Pamer simbol komunis di Jakarta, 4 rakyat Malaysia ditahan

Keempat-empat wakil negara ini, yang menyertai Pesta Buku Antarabangsa Indonesia (IIBF) 2016, disoal siasat sekitar jam 2 petang waktu Malaysia semalam, lapor portal Berita Harian hari ini.

Penerbit buku Thukul Cetak, Zulfikri Zamir Mohamad Munir, bersama pengarah besar Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) Sakri Abdullah dibebaskan jam 8.45 malam tadi.

Ketua Jabatan Buku Malaysia, Rozlan Mohd Noor dan ketua Bahagian Pemasaran dan Jualan Buku, Khairulnizam Mohamad Yunis dilaporkan turut ditahan pihak berkuasa Indonesia.

 

 

 

Sejak pengharaman gerakan komunis di negara itu pada 1966, semua bahan propaganda dan simbol ideologinya termasuk tukul dan sabit, disebut “palu arit”, diharamkan.

Beberapa pelancong asing, walau mereka tidak mengetahui pengharaman tersebut, dan warga Indonesia yang memakai atau menjual baju T berlambangkan simbol tersebut sering dilaporkan ditahan oleh pihak berkuasa.

Ketua delegasi Malaysia berkata mereka tidak diberikan panduan terperinci berhubung larangan seumpama itu di sepanjang IIBF 2016 berlangsung.

Mohd Khair Ngadiron berkata kandungan buku Manisfesto Komunis yang diterbitkan oleh Thukul Cetak tidak menyalahi undang-undang, sebaliknya salah faham timbul daripada simbol di kulit buku itu.

“Isunya hanyalah gambar pada kulit buku dan hal ini sedang diselaraskan,” katanya, yang juga ketua pegawai eksekutif ITBM.

Menurut portal Viva di republik itu, pegawai penyiasat menjelaskan empat warga Malaysia itu tidak tahu simbol komunis itu bertentangan dengan undang-undang.

“Dia [empat warga Malaysia] tidak tahu, kalau palu dan arit di Indonesia sensitif,” kata jurucakap polis Jakarta Awi Setiyono kepada media hari ini. 

Siasatan itu dijalankan bahagian perisikan dan keamanan polis daerah Metro Jaya Jakarta kerana mereka warga negara asing.

Mei lalu, ketua polis Indonesia waktu itu Badrodin Haiti menjelaskan larangan sejak 50 tahun itu masih dikekalkan kerana palu arit “dianggap sebagai bentuk penyebaran faham komunisme.”

Tambahnya, Presiden Joko Widodo memberikan arahan agar pihak berkuasa menangani sebarang pengedaran lambang berunsur komunisme yang semakin ketara semula dalam masyarakat.

Sumber: Malay Mail



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post