Helah-helah Yang Boleh Dilakukan Untuk Memotivasikan Diri Dalam Perniagaan

Memotivasikan diri sendiri untuk melakukan kerja dalam keadaan tiada jiwa adalah begitu sukar. Misalnya semasa anda melakukan tekan tubi sebanyak 20 kali secara berseorangan, anda boleh sahaja untuk menipu dengan mengatakan bahawa anda memang selesai menekan tubi sebanyak 20 kali.

Barangkali anda boleh mencuba helah berikut untuk lebih bermotivasi dan boleh dijadikan panduan ketika anda dalam keadan kurang bermotivasi.

#1-Tukar Cara Berkomunikasi Terhadap Diri Sendiri

Bhaskar Bagchi  ada menulis mengenai ‘pemburu’ kejayaan yang menentang kegagalan. Beliau telah mengenengahkan gagasan daripada Scott Geller, seorang profesor bidang psikologi di Virginia Tech.

Geller telah menemui dalam mencari motivasi kendiri, anda harus merangka semula cara bercakap dengan diri sendiri. Sebagai contoh, sekiranya anda seorang usahawan, adakah anda berniaga untuk makan sahaja? Atau adakah anda berniaga untuk mencapai matlamat dalam kehidupan khusunya perniagaan anda?

Anda akan lebih bermotivasi sekiranya anda mengamalkan persoalan yang kedua tersebut.

#2-Hentikan Aktiviti Perbandingan Dengan Orang Lain

Apabila anda merasakan bahawa anda jauh tertinggal ke belakang dalam mengejar impian anda, pastinya anda berkecenderungan untuk melihat kejayaan-kejayaan orang lain.

Namun menurut  Micha Kaufman, anda sebenarnya berpeluang untuk merendahkan keyakinan serta membanding-bandingkan kejayaan yang dilihat.

Selain itu, anda juga akan merasakan bahawa mereka yang berjaya itu akan selalunya bergembira sepanjang masa sedangkan anda pula masih bertatih lambat untuk meraih kejayaan yang diinginkan.

Sikap ini yang akan bertukar daripada positif kepada negatif. Hentikan!

#3-Jangan Takut Kritikan

Tiada seorang pun suka mendengar bahawa mereka ada melakukan kesalahan. Namun, anda harus cuba untuk mengawal emosi anda ketika itu.

Pertimbangkan segala komen atau teguran yang diterima sekiranya datang dari mereka yang benar-benar pakar dan berpengetahuan luas dalam hal yang dibangkitkan.

Sekiranya anda bersetuju akan kenyatan “nasihat yang diberikan itu bukanlah nasihat kosong semata-mata”, anda akan berpotensi besar untuk memperbaiki diri dan motivasi anda.

Sekiranya anda mengamalkan pendekatan ini dengan minda terbuka, anda akan berakhir dengan motivasi yang tinggi.



Sumber Helah-helah Yang Boleh Dilakukan Untuk Memotivasikan Diri Dalam Perniagaan

Post a Comment

Previous Post Next Post