Elak pakai ketat jika raya sakan, kata pakar (VIDEO)

Perunding kesihatan pemakanan dan kecergasan mengesyorkan agar tidak mengenakan pakaian ketat semasa Aidilfitri ini.

 

Elak pakai ketat jika raya sakan, kata pakar (VIDEO)

Elak pakai ketat jika raya sakan, kata pakar (VIDEO)

 

 

Kevin Zahri berkata pakaian yang sendat akan mengundang rasa tidak selesa terutamanya ketika amalan ziarah menziarahi sepanjang Syawal.

 

 

 

 

 

 

 

 

“Kalau sudah tahu akan beraya di banyak tempat, janganlah pakai baju ketat sangat.

“Nanti akan bagi tekanan pada bahagian abdomen. Lagi mudah rasa tidak selesa,” katanya seperti dilaporkan portal mStar.

 

Umat Islam akan menyambut 1 Syawal esok selepas sebulan menahan lapar dan dahaga berpuasa di bulan Ramadan.

Kevin berkata walaupun Hari Raya dihidangkan dengan pelbagai juadah menyelerakan namun senaman tidak harus ditinggalkan.

Katanya, suasana kampung tidak menghalang aktiviti kecergasan sebaliknya ia boleh dibuat secara semulajadi.

“Beraya tu beraya juga, tetapi senaman jangan dilupakan kerana badan sudah makan macam-macam makanan.

“Bagi sesiapa yang beraya di kampung, boleh bangun lebih awal untuk bersenam.

“Contohnya, boleh lari kejar ayam, potong kayu atau mencakar sampah untuk mengeluarkan peluh,” beliau dilaporkan berkata.

 

 

Sumber: Malay Mail



Sumber Elak pakai ketat jika raya sakan, kata pakar (VIDEO)

Post a Comment

Previous Post Next Post