Lelaki belasah isteri pertama dalam lif di hadapan anak-anak yang viral ketika dulu mulakan hukuman penjara

PENJAWAT awam yang mencederakan isterinya di dalam lif pada empat tahun lalu, hari ini gagal dalam mengubah hukuman lapan bulan penjara ke atasnya.

Lelaki belasah isteri pertama dalam lif di hadapan anak-anak yang viral ketika dulu mulakan hukuman penjara

Lelaki belasah isteri pertama dalam lif di hadapan anak-anak yang viral ketika dulu mulakan hukuman penjara

Bekas pegawai Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Mohammad Affandi Ismail, 40, dijatuhkan hukuman itu oleh Mahkamah Majistret Bukit Mertajam pada Mei tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Abdul Wahab Mohamed berkata mahkamah bertindak betul dalam keputusannya menghukum Afandi yang menyerang isteri pertamanya, pekerja kilang Siti Khadijah Ahmad Ramli, 41.

Kejadian berlaku dalam sebuah lif di sebuah hospital swasta, pada jam 4 petang, 12 Ogos 2013 apabila Affandi dilihat dalam rakaman CCTV membelasah isterinya di hadapan dua orang anak mereka.

 

Wahab memerintahkan hukuman penjara bermula hari ini dan ketika keputusan dibacakan, Affandi dilihat menggeleng-gelengkan kepalanya.

Selepas keputusan Mahkamah Majistret tahun lalu, dia dibebaskan dengan jaminan.

Tuduhan di bawah Kanun Keseksaan itu membawa hukuman maksimum 1 tahun penjara atau denda RM2,000.

Sumber: MYNEWSHUB.CC

 



Sumber Lelaki belasah isteri pertama dalam lif di hadapan anak-anak yang viral ketika dulu mulakan hukuman penjara

Post a Comment

Previous Post Next Post