5 Tips Bagaimana Hendak Mencari Agen Untuk Bantu Lonjakkan Jualan Anda.

Anda sudah faham apa kepentingan agen kepada bisnes anda, jadi bagaimana anda boleh mula untuk mencari agen?

Adakah anda ingin melipatgandakan keuntungan dengan melantik agen untuk membantu anda menghasilkan jualan sebagai usaha meningkatkan jualan. 

Hanya perlu proses order dari agen. Itupun silap-silap dah tak cukup tangan. Namun demikian, bukan semua orang tau, macam mana nak jadikan impian seperti ini satu realiti.

Adakah melantik agen sama seperti kita ambil pekerja? Jika sama, bagaimana pula dengan kadar bayaran dan juga kadar upah? Dah tentu, tak ada orang yang sanggup nak bekerja untuk kita secara percuma. Sekurang-kurangnya, mesti kena ada something yang boleh diperolehi sebagai balasan untuk hasil kerja yang diberikan untuk kita.

#1- Sasaran Agen

Sasarkan golongan mana yang sesuai untuk menjadi agen anda. Agen mestilah orang yang suka akan produk yang anda jual kerana agen akan bertanggungjawab mempromosikan  produk anda kepada orang lain.

Anda boleh mencari ejen dengan menawarkan kepada pengguna setia produk anda. Sebab golongan ini adalah golongan yang sangat-sangat berpotensi untuk menjadi agen anda.

Untuk promosikan sesuatu produk, kita perlu sediakan bajet iklan yang cukup mengikut objektif kempen marketing kita. Jangan kedekut untuk keluarkan bajet untuk buat  marketing!

#2- Tawarkan Faedah Sampingan

 

Setelah anda kenal pasti golongan yang “wajib” menjadi agen anda, ambil peluang untuk dekat dengan mereka. Manusia perlukan sesuatu untuk menjadi inspirasi mereka untuk membuat tindakan. Selalunya, peniaga yang berjaya memiliki dan mentadbir agen mereka sebaiknya, mempunyai strategi memberi imbuhan kepada agen, mengikut pencapaian mereka.

Faedah-faedah sampingan akan memberi semangat kepada agen untuk capai target jualan sekaligus memberi keuntungan kepada anda.

Lebih banyak agen dilantik akan cepat produk anda dikenali dan mudah didapati oleh pelanggan di mana sahaja atau pada bila-bila masa.

#3- Bimbingan

Ya, mereka telah pun mendaftar sebagai agen anda yang sah. Jadi sekarang, apa yang anda perlu bekalkan kepada mereka?

Jangan biarkan mereka pergi dengan tangan kosong. Anda perlu bekalkan segala info dan maklumat penting tentang produk dan bisnes anda supaya cerita yang disebarkan diluar sana adalah tepat dan tidak membawa masalah kepada anda dan bisnes anda di kemudian hari.

Sentiasa membuat lawatan ke setiap negeri yang anda mempunyai agen untuk memberi latihan dan bimbingan tentang produk dan cara nak berbisnes. Atau, ada juga peniaga yang membuat bimbingan melalui group WhatsApp, Live Video di FB Group, Webinar dan lain-lain lagi.

 #4-Sentiasa Berhubung

 

Sentiasalah berhubung dengan agen anda. Jangan biarkan agen anda buat semua perkara tanpa pengawasan anda.

Mereka perlukan sokongan dan dorongan untuk mencapai jualan yang memberangsangkan. Jika tidak dapat bercakap atau berjumpa selalu gunakan aplikasi wassup untk bertanya khabar agen anda.

Selaku bisnes owner untuk  meningkatkan lagi hasil jualan mereka, anda perlu faham 1 perkara, jika sales mereka laju, bermakna sales anda pun laju. Jadi, selalu follow-up agen supaya agen tidak diam atau tidur di sepanjang jalan.

Kita perlu jaga mereka! Guide mereka untuk lakukan marketing dengan cara yang betul dan berkesan. Dan paling penting, layan mereka macam kawan-kawan. Barulah mereka happy nak promot produk kita, betul tak? Bagaimana kita promot produk tersebut, macam tulah yang kita perlu ajar pada agen kita.

#5- Matlamat Yang Jelas

Satu lagi kesilapan utama peniaga ialah tidak berkongsi matlamat perniagaan, misi dan visi syarikat dengan sejelasnya kepada agen. Ini menyebabkan agen tak tahu hala tuju perniagaan anda dan juga tak pasti bagaimana perniagaan anda boleh bantu mereka.

Ada juga peniaga yang sangat berahsia dan sangat skeptikal dengan agen menyebabkan agen pun rasa takut nak berurusan dengan peniaga. Apabila peniaga mempunyai matlamat yang jelas makan agen akan tahu tanggungjawab yang perlu dilunaskan mereka.



Sumber 5 Tips Bagaimana Hendak Mencari Agen Untuk Bantu Lonjakkan Jualan Anda.

Post a Comment

Previous Post Next Post