Amat memalukan! Kes-kes remaja di Malaysia yang berperlakuan sumbang seperti tiada titik noktahnya! Siapakah yang harus kita persalahkan dalam hal ini? Kerajaan? Ibubapa? Atau individu itu sendri?
Ini kes yang baru, sepasang kekasih remaja kantoi dirakam ketika bernafsu dalam panggung wayang. Bila dah kantoi baru tahu nak malu, masa buat tak tahu pula nak malu dengan Allah.
Allah nampak semuanya!
Alang-alang dah sampai ke sini, moh baca cerita di bawah ini. Semoga bermanfaat hendaknya, in shaa Allah...
Hidayah itu milik Allah, mendapat hidayah dari Allah adalah satu anugerah yang tak ternilai harganya. Tidak ada satu makhluk pun yang boleh memberikan hidayah kepada makhluk yang lain walaupun insan itu telah diangkat menjadi rasul oleh Allah S.W.T. Sebagai contoh, ayah Nabi Ibrahim yang bernama Azhar tidak dikurniakan hidayah oleh Allah dan tetap menjadi kafir sehingga akhir hayatnya.
Isteri dan anak-anak Nabi Nuh yang enggan mengikut baginda di atas bahtera lalu ditenggelamkan oleh bala banjir besar. Begitu juga dengan nabi kita, Nabi Muhammad S.A.W yang mempunyai bapa saudara Abu Talib yang sangat setia disamping baginda ketika ramai yang menentang ajaran baginda, namun tanpa hidayah dari Allah Abu Talib kekal kafir hingga ke hembusan nafasnya yang terakhir.
Hanya Allah sahaja berhak memberikan hidayah-Nya. Samalah seperti kisah Ibrahim bin Idham seorang ahli sufi yang diangkat menjadi wali Allah kerana beliau mendapat hidayah dari Allah. Beliau mendapat pimpinan dari Allah dan setiap bibit kata-kata beliau pasti mempunyai hikmah.
Suatu hari Ibrahim didatangi oleh seorang lelaki. Maka terjadi perbualan ini.
Lelaki

Wahai Abu Ishak (nama panggilan Ibrahim bin Idham), aku seorang lelaki penuh dengan dosa dan kezaliman, ajarkanlah aku agar hidup zuhup. Aku berharap kamu memberi petunjuk jalan yang benar dan membuka hatiku yang gersang.Ibrahim
Apabila dirimu dapat berpegang teguh dengan enam perkara, tentu kamu akan mendapat keselamatan di dunia dan akhirat. Yang pertama, Sekiranya kamu melakukan maksiat, janganlah kamu makan rezeki dari Allah.Lelaki
Seluruh penjuru dunia maupun di Timur dan juga di Barat, di darat dan juga di laut, di lembah dan juga di gunung semuanya merupakan rezeki Allah, kalau begitu darimana aku mahu mendapatkan makanan selain dari rezeki Allah?Ibrahim
Wahai saudaraku, wajarkah kamu makan rezeki Allah sedangkan kamu derhaka kepadanya? Kedua, apabila kamu berbuat maksiat jangan kamu tinggal dimana-mana tempat kepunyaan Allah.Lelaki
Abu Ishak, demi Allah yang kedua ini lagi berat bagiku. Bukankah seluruh alam ini kepunyaan Allah? Kalau demikian di manakah harus aku tinggal?Ibrahim
Tentu tidak patut sama sekali kamu makan dan tinggal di bumi Allah sedangkan kamu menderhai-Nya. Yang ketiga, andainya kamu berbuat maksiat, anggaplah bahawa Allah itu lalai dan lupa kepada kamu dan Allah tidak melihat apa yang kamu lakukan.Lelaki
Mana mungkin aku berbuat demikian padahal Allah Maha Melihat, Maha mengetahui segala rasa dan gerak hati manusia. Allah tidak pernah lalai, leka, mengantuk dan tidur.Ibrahim
Layakkah kamu berbuat maksiat sedangkan Allah sentiasa melihat dan mengawasi segala gerak geri laku dan batin kamu? Allah tahu apa yang berlaku dan akan berlaku. Keempat, tatkala malaikat maut datang kepadamu dan hendak mencabut nyawa kamu katakan kepadanya "tunggu sebentar, aku mahu bertaubat dahulu sebelum mati".Lelaki
Ini suatu hal yang mustahil, dan tentu sekali permintaanku tidak akan terjadi.Ibrahim
Kamu sedar dan insaf bahwa tidak dapat menolak keinginan malaikat maut tentu dia akan datang kepada kamu bila-bila masa saja malah sebelum dirimu sempat bertaubat. Malah kematian itu tidak dilewatkan walaupun sesaat.Lelaki
Semasa hidup ini banyak perkara yang tidak dikehandaki tetapi tetap jua berlaku sebagai tanda lemahnya diri ini menentang kehendak Allah, apatah lagi sesudah mati.Ibrahim
Kamu tahu dan sedar tidak mampu melawan Mungkar dan Nakri tentu lebih mudah melawan nafsumu dari mendorong kepada maksiat. Kelima, pabila kamu berada di hadapan Allah di akhirat kelak dan Allah memerintahkan kamu masuk ke neraka kerana kamu berbuat maksiat ketika hidup, katakan kepada-Nya "Ya Allah aku tidak mahu dan tidak bersedia masuk ke neraka-Mu".Lelaki
Cukuplah wahai Abu Ishak, sesunggunhnya lima perkara ini cukup berat bagiku melakukannya. Aku telah sedar dan mengerti, hatiku juga merasa lega kerana memperolehi panduan yang sangat berguna untuk aku meninggalkan maksiat dan mendorong berbuat taat dan kesyukuran kepada Allah.