TERKINI Status Hubungan Zizan Razak & Emma Maembong !


Sana sini kecoh dengan ura ura bahawa hubungan pasangan artis sensasi ini telah pun berakhir namun sehingga kini kedua mereka belum memaklumkan kepastian khabar angin tersebut kepada pihak media. Umum mengetahui bahawa Zizan dan Emma sudah lama bercinta, kemesraan mereka dapat diperhatikan samaada di layar perak mahupun di luar.

Baru-baru ini ketika di Maharaja Lawak Mega 2014 Zizan turut membawa Emma untuk menemaninya di belakang pentas.

Namun, sejak beberapa hari yang lepas menerusi Instagram Emma ada memuat naik lagu seakan-akan putus cinta dan dia juga membawa diri menyambut Tahun Baru bersama rakannya di Thailand dan juga ke Terengganu bersama ayahnya.

Walaubagaimanapun, di Instagram Zizan sendiri, Zizan ada memuat naik gambarnya minum bersama Emma dengan kepsyen yang berbunyi.
 Ya Allah ya Tuhan ku..semoga di percepat jodoh kami... #missu #loveu

Biasalah lumrah orang bercinta, pasti ada suka pasti ada duka. Marilah kita sama-sama mendoakan hubungan mereka kembali ke sedia kala dan jodoh mereka dipercepatkan. Aminn...

Post a Comment

Previous Post Next Post