KUALA LUMPUR: Selepas bersikap biadap menghina Islam menerusi rakaman video azan yang dimuat naik ke YouTube dua bulan lalu, penulis blog kontroversi, Alvin Tan muncul semula dengan tindakan biadap yang sama.
Menerusi satu status yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya malam tadi, dia bertindak mempersoal kewajaran muslim yang menutup aurat ketika melakukan aktiviti riadah seperti berenang dan joging.
Nyata, sikap biadapnya itu turut dikecam ramai termasuk mereka yang bukan beragama Islam.
Malah, pengguna yang memberi komen dalam status itu menganggap ia hanyalah provokasi yang membuang masa dan tidak perlu dilayan.
Salah seorang pengguna menyatakan komen agar penulis blog itu tidak bersikap perkauman dan juga tidak memalukan masyarakat Cina.