KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan semalam gembira kerana peralatan pekakas rumah turun harga selepas perlaksaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
"Di tangan saya ada senarai 376 barangan harga sewaktu SST dan GST. Selepas GST semuanya turun harga", katanya ketika merasmikan promosi GST di Houz Depot Petaling Jaya.
Tambahnya lagi, jika tidak kerana perbezaan matawang, hampir kesemuanya akan turun harga.
"Tetapi apa yang penting saya nak sebutkan di sini ialah pihak peniaga perlu mengamalkan etika peniaga yang baik.
"Kalau kita ambil MBA di mana-mana universiti, ada beberapa subjek yang menekankan tentang etika bisnes.
"Ini disebabkan kebanyakkan barangan
keperluan rumah sebelum ini dikenakan sebanyak 10 peratus dan apabila
diganti dengan GST ia menjadi enam peratus. Maka harga barangan
diturunkan.
Beliau menberi contoh barangan di rumah
seperti katil, almari,sofa dan kerusi meja yang dahulunya mahal tetapi
sekarang sudah murah.
"Antara lain barang yang turut turun
harga ialah barang elektrik seperti kipas, mesin basuh, peti sejuk cerek
elektrik, periuk elektrik, dan televisyen.
"Satu lagi yang turun harga ialah pinggan mangkuk, periuk belanga, sudu garpu dan peralatan membersihkan rumah.
Tambahnya, senarai barangan itu boleh dilihat dalam web Kastam, KPDNKK atau Twitter @Ahmad Maslan.
"Twitter saya macam GST 101", katanya sambil ketawa.
Tegasnya lagi, pihak pembangkang tidak
suka dengan apa yang saya cakap ini. Sebab pembangkang kata kerana GST
semua harga barang naik.
"Tetapi saya bagitahu semua harga peralatan rumah tidak naik seperti yang didakwa pembangkang.