KUALA LUMPUR: Satu perkongsian yang
menjadi viral khususnya di laman Facebook sejak beberapa hari lalu
adalah foto-foto istana baru Sultan Terengganu yang terletak di Bukit
Chendering, Kuala Terengganu.
Ia bermula dengan perkongsian video oleh
jurugambar kelahiran Kanada, Benjamin Wong. Video tersebut dirakamkan
Wong selepas diminta oleh arkitek istana itu, Bill Bensley.
Istana itu mengambil masa 15 tahun untuk disiapkan dan direalisasikan daripada sejumlah 5,000 lakaran.
Wong, menerusi laman webnya memberitahu,
perasaan kagum yang dirasai apabila menjejakkan kaki ke istana itu
adalah sukar untuk diluahkan dengan kata-kata. Wong juga sempat
berkongsi bagaimana dia juga merasai perasaan seolah-olah 'hilang'
apabila tidak dapat mengesan dari mana dia datang, memandangkan keluasan
serta reka bentuk setiap bilik yang berbeza.
Istana yang terletak di Chendering itu diberi nama Istana Syarqiyyah, mempunyai tiga tingkat dan 100 buah bilik.