PETALING JAYA: Pelancong daripada Singapura berada antara senarai teratas “panjang tangan” kerana suka mengambil barangan dari bilik hotel.
Menurut laporan yang dipetik daripada
Channel New Asia, kaji selidik berkenaan membabitkan 4,700 responden
daripada 28 negara, di mana republik itu berada di kedudukan kedua
selepas Argentina.
Ia dibuat Hotels.com, daripada Mac hingga April tahun ini.
Berdasarkan keputusan yang diperolehi, Singapura mendapat 71 peratus, kurang hanya dua peratus daripada Argentina.
Bagaimanapun, kaji selidik yang
dilakukan mendapati kebanyakan mereka tidak mencuri barangan mewah
sebaliknya hanya mengambil peralatan dan keperluan asas yang diletakkan
di dalam bilik hotel.
52 peratus mengambil selipar, 35 peratus mencuri peralatan menulis manakala 12 peratus membawa pulang buku dan majalah.
- FMT
hee... =))
ReplyDelete