Makan Bubur Sambil Cuci Mata


LIAONING: Sebuah restoran mempunyai strategi pemasaran terbaik apabila berjaya menarik perhatian ramai pengunjung selepas gambar pelayan restoran itu yang berpakaian bikini tersebar dan menjadi viral di laman sosial, baru baru ini.
Memetik laporan portal Apple HK, restoran yang menyajikan pelbagai jenis bubur itu terletak di daerah Shenyang berdekatan wilayah Liaoning, China.
Rata-rata pengguna media sosial terutamanya golongan lelaki melahirkan perasaan ‘gembira’ dengan cara layanan restoran tersebut.
Disebabkan pelayan-pelayannya berpakaian terlampau seksi, perkara tersebut juga menyebabkan timbulnya kontroversi dalam kalangan pengguna media sosial beranggapan restoran itu sebenarnya menyajikan ‘daging manusia’ dan bukannya makanan.
Gambar yang tersebar di laman sosial itu menunjukkan pelayan-pelayan restoran tersebut sedang menghantar makanan kepada pelanggan.

Post a Comment

Previous Post Next Post