Apabila tiba Ramadan, salah satu perkara yang menjadi tumpuan umat Islam adalah menu berbuka puasa atau iftar sama ada masak sendiri ataupun dibeli di bazar Ramadan.
Bagi Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, beliau lebih memilih untuk memberi sokongan kepada hasil masakan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan iaitu Nasi Goreng Ahmad Maslan (NGAM) sebagai juadah berbuka pada hari pertama Ramadan, semalam.
“Saya akan berbuka puasa dengan NGAM - Nasi Goreng Ahmad Maslan. Terbaik @ahmadmaslan ,” tulis KJ dalam entri tersebut.
Ternyata, sikap selamba Ahli Parlimen Rembau itu berjaya menarik perhatian pengguna media sosial yang mana sehingga kini status beliau telah mendapat lebih 2,000 ‘retweet’.
Terdahulu, Ahmad menerusi laman sosial Twitternya mencadangkan kepada pengguna media sosial mengenai salah satu menu berbuka dan sahur sempena Ramadan adalah NGAM selain menyatakan menu itu tidak mempunyai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
“Salah satu cadangan juadah berbuka & sahur Ramadhan ialah NGAM Nasi Goreng Ahmad Maslan tanpa GST jika masak sendiri!,” ujar Ahmad.
Ahmad juga sebelum ini mencuri perhatian warga media sosial apabila tampil memperkenalkan masakan terbaharunya, Nasi Goreng Campur Tanpa GST dengan tujuan sebagai ‘mendidik’ orang ramai mengenai cukai tersebut.
Mcm mcm.....
ReplyDelete