“Beliau sudah menegaskan sekiranya kehendaknya dalam pentadbiran tidak dilaksanakan secara serius, beliau tidak teragak-agak untuk menggantikan pegawai yang terbabit.
JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) bakal memecat beberapa menteri dan pegawai kanan kerajaan kerana gagal mencapai prestasi yang ditetapkan, kata Setiausaha Kabinet, Andi Widjajanto semalam.
Jokowi yang kecewa dengan ekonomi negara itu dan keputusan kerajaan yang gagal dilaksanakan, membayangkan untuk menilai semula barisan Kabinetnya.
Sekiranya keputusan itu diambil, Jokowi bakal merombak semula kabinet walaupun baru setahun berkuasa.
“Tunggu tidak lama lagi kerana ada pegawai yang akan dipecat,” kata Widjajanto.