Keadaan
pelumba negara, Mohd Zamri Baba yang terbabit insiden ngeri pada perlumbaan
pusingan dua Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di Litar Sentul, Indonesia
hari ini, dilaporkan masih kritikal.
Memetik
laporan media Indonesia, Zamri yang beraksi dalam kelas perdana, SuperSport
600cc, dikatakan masih belum sedarkan diri di Hospital Petra Permata, Sentul,
berdekatan litar terbabit dengan pemerhatian lanjut sedang dijalankan. Promoter
ARRC, Two Wheels Motor Racing dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini
mengesahkan insiden terbabit.
Zamri, 34 yang dianggap pelumba terbaik negara di perlumbaan membabitkan negara Asia itu terjatuh ketika pusingan keempat perlumbaan dan dirempuh pelumba di belakangnya. Kejadian berlaku mirip insiden ngeri membabitkan bekas pelumba MotoGP, Marco Simoncelli ketika GP Malaysia, empat tahun lalu sehingga meragut nyawa penunggang kelahiran Itali itu.

"Kami
masih belum berani mengambil sebarang tindakan kerana tahap kesedarannya masih
3-4. Jika sudah 7-8 baru kami berani mengambil tindakan," kata Steven,
doktor yang merawatnya di hospital terbabit, memetik laporan mobilinanews.com.
Seorang lagi doktor yang merawat Zamri, Wendy berkata, mereka masih berusaha
untuk memindahkannya ke hospital terbaik di Jakarta atau di Kuala Lumpur.