Syor Pemandu Kereta Pakai Topi Keledar



PETALING JAYA: Motif seorang pemandu kereta memakai topi keledar ketika memandu menimbulkan pelbagai tanda tanya.

Berdasarkan gambar yang dimuat naik di laman Facebook, ia dirakam berhampiran persimpangan lampu isyarat di Kuala Ibai Terengganu.

Lelaki yang memandu kereta Iswara Aeroback berwarna hijau kelihatan memakai topi keledar berwarna merah.

Penerampilan yang mencuit hati mendapat pelbagai reaksi.

“Ketgi (Nanti) ada pulok menteri wi (beri) cdgn naik kereta kena pakai helmet..safety first,” tulis Azharin Abdul Kahar Zaha.

Terdapat juga kemungkinan pemandu berkenaan terlupa untuk membuka untuk membuka topi keledar ketika memasuki kereta.

“Agok nye lpas naik motor trus masuk krte ni..kadang2 ada juga terlupa nk buka topi klu sama sgt pka duk atas pale (kepala) tu jd gtu..hahaha” komen Rus Muda.

Post a Comment

Previous Post Next Post