Maaf artikel kali ini mungkin menggunakan bahasa yang agak kasar dimana seorang perompak yang bodoh menaikkan videonya ketiak sedang merompak sebuah bank.
Lelaki bernama Dominyk Alfonseca yang merupakan seorang lelaki dari Florida yang memuatnaikkan satu bukti rompakan yang dilakukan oleh dirinya melalui sebuah akaun laman sosial Instagram miliknya. Pada waktu artikel ini ditulis, Instagram milik lelaki ini sudah tidak boleh didapati lagi mungkin sudah dipadam.
Alfonseca dituduh merompak sebuah bank iaitu TowneBank di Bandar Pusat Pantai Virginia setelah lelaki dungu ini memuatnaikkan gambar nota yang diserahkan kepada pekerja bank dan video yang memaparkan seorang teller sedang mengira wang betul-betul dari akaun Instagram miliknya sendiri.
Maksud nota ini adalah :
“Saya perlukan $150,000 sekarang!! Minta polis mengambil masa 3 hingga 4 minit untuk datang kesini. Saya menghargainya jika anda membunyikan penggera satu minit selepas saya pergi. Pastikan duit tersebut tidak meletup (hilang) sewaktu saya sedang dalam perjalanan untuk keluar “
Video dibawah ini juga dimuatnaikkan oleh Alfonseca melalui akaun Instagramnya juga.
Kedua-dua gambar dan video ini menjadi bukti yang kukuh untuk pihak polis menahan Alfonseca sekaligus menjadikannya suspek dalam kejadian rompakan terbabit. Selepas 20 minit video dan gambar nota ini dimuatnaikkan, Alfonseca ditahan polis.
Sewaktu disoal siasat, Alfonseca mengatakan dia tidak meminta sejumlah wang itu, sebaliknya teller yang memasukkan wang terbabit, jadi dia hanya ambil dan terus tinggalkan bank.
Hahahahha XD