Kualiti Sperma Lelaki Terjejas Akibat Sayur dan Buah-Buahan?


Sebuah kumpulan dari Amerika Syarikat telah menganalisis 338 sampel semen dari 155 lelaki yang menghadiri pusat kesuburan dari Tahun 2007 hingga 2012.
Kajian itu mendapati, kandungan pestisid (racun) lebih tinggi dalam sayur-sayuran dan buah-buahan yang boleh menjejaskan kualiti semen lelaki kepada 50%.
Sukarelawan ini terdiri daripada umur 18 hingga 55, merupakan pasangan yang cuba membuat rawatan kesuburan dengan menggunakan telur dan sperma mereka sendiri.
Didalam rawatan itu, mereka diminta mengisi borang kaji selidik dan meminta mereka menjawab tentang pemakanan mereka, ternyata mereka  kerap memakan sayur dan buah.
Bahagian pemakanan ini kemudian dipecahkan pula kepada kategori rendah, sederhana dan tinggi kandungan racun mengikut Jabatan Data Tanaman Amerika Syarikat.
Kacang peas, kekacang, limau gedang dan bebawang jatuh dalam kategori rendah manakala cili, bayam, strawberi, epal dan pear berada dalam kategori tinggi!
Data ini juga diperoleh  dengan memecahkan kepada dua bahagian lagi sama ada mereka membasuh sebelum makan.
Lelaki yang mengambil pengambilan yang banyak dalam kategori racun yang tinggi untuk sayur dan buah mempunyai total sperma sebanyak 86 juta untuk setiap ejakulasi, jumlah ini adalah kurang dari 49% berbanding dengan lelaki yang memakan sayur dan buah dalam kategorit racun tinggi ini dalam kuantiti yang sedikit.

Post a Comment

Previous Post Next Post