Pemikiran Khairy Sama Dengan Orang Pekida, Kata Rafizi


PETALING JAYA: Pemikiran Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin tidak seperti latar belakang pendidikannya dari Universiti Oxford malah membuktikan dirinya tiada beza dengan 'rakan' Pekida (Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah) kerana gagal memberi jawapan yang sepatutnya berkenaan skandal ketirisan Mara.
Kata Pengarah National Oversight and Whistleblowers (NOW) Rafizi Ramli, soalan yang diajukannya sebelum ini adalah bagaimana lima anggota sayap parti tersebut terlibat dalam alam pembelian hartanah oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara) sejumlah RM63 juta.

Beliau sebelum ini dalam sidang media terdahulunya mendakwa kelima-lima individu itu terbabit dalam tiga pembelian hartanah di Australia yang belum didedahkan iaitu hartanah 746 Swanston Street, 333 Exhibition Street dan 51 Queen street.

Rafizi membina dakwaan yang mengaitkan Pemuda Umno ini dalam sebuah syarikat bernama Thrushcross Land Holdings Limited yang didaftr di pusat kewangan pesisir luar pantai British Virgin island (BVI).

Rafizi sebelum ini turut mendakwa dua individu yang terlibat dalam pembelian hartanah ini tiada kaitan dengan Mara ialah Erwan Azzi dan Izmir Abdul Hamid.

"Saya kecewa seorang Ketua Pemuda Umno dari Oxford, pemikirannya tidak banyak beza dengan rakan Pekida dan rakan-rakan pemuda Umno yang tidak berpendidikan.

"Soalan yang saya timbulkan adalah bagaimana mereka yang tidak ada kena mengena dengan Mara tiba-tiba terlibat dan jadi orang penting dalam urus niaga jual tanah di Mara?," katanya dalam sidang media hari ini di Ibu Pejabat PKR.

'Melainkan tambah Rafizi ada 'orang dalam' Mara yang bertanggungjawab menjadi 'cable' dalam menarik antara anggota Pemuda sayap Umno itu yang berurusan dalam pembelian hartanah.

Lebih teruk Khairy turut dilabel Rafizi yang juga Pengarah National Oversight and Whistleblowers (NOW) sebagai sama standard dengan beberapa pemimpin Umno yang dilihat mengeluarkan kenyataan tidak bernas berhubung sesuatu isu.

Semalam Khairy menyifatkan Rafizi yang mengaitkan exco Pemuda Umno dalam skandal pembelian hartanah Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Australia satu perbuatan bodoh.

Ketua Pemuda Umno itu berkata,Rafizi yang juga Pengarah NOW membuat tuduhan mudah mengaitkan exco Pemuda Umno dalam kes berkenaan tanpa berlandaskan kepada bukti kukuh.

- Berita Daily

Post a Comment

Previous Post Next Post